Tuesday, April 27, 2010

Aku & Kamu



Salam.. =D


LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh 
manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

Beratkan?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. 
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya
kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. 
BERATKAN??

Suami ..
kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
 Walaupun begitu isteri boleh membantu. 
Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya  dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya
dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah  SWT.


WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. 
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. 
Menerima pusaka kurang dari lelaki. 
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan di tempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita
perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih
utama dari bapanya.Bukankah ibu  adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada  suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil.
Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak..
 seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita
 boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: 

sembahyang 5 waktu, puasa dibulan Ramadhan, taat  suaminya dan menjaga kehormatannya.


Seorang lelaki
 perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.


.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki
,

 tetapi ingatlah wahai lelaki..
kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, 
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...
maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya. ..
supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..




renung-renungkan & selamat beramal.. :)



TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

5 Sila Komen Disini ♪♫♪:

mamalieyna said...

sama2lah kita bermuhasabah diri..cantik la sangat pic last tu! tenang jiwa rasa!

Noza said...

Kak Leily.. Noza nk mintak izin copy kata2 tu bleh tak? nk jadikn peringatan utk diri, nak bg en. asbend sama2 renungkn jugak.. buleh ek??

mama_umar said...

emel psl laki n ppuan ni ade tertepek kt surau opis,slalu bace wpon dah byk kali bace..utk igtkan diri =)

sirna said...

thanks leily..moga2 kita semua bjya jd isteri solehah

Cho Zila said...

salam,,,
jumpa disini.. dah tinggalkan fotopageskan..
good info thanks...




Related Posts with Thumbnails