Friday, May 14, 2010

contest "Cuti - Cuti di Cherating"


Salam.. =D

Makcik minat satu contest ni,
ye sebut aje cuti² kat Cherating.., mesti nk join...
teruja sgt, manela taw leh menang baucer free menginap kt Impiana Cherating..
Tapikan, elok beno le kalo i yg. dapat hadiah baucer tu.. **nak bodek ni.. :P**
Sesambil tu leh balik  & singgah umah PIL. Dekat aje, dlm 10 minit gitu.
Dan yg paling penting, akhir bulan ni plak Mr. Hubby nak balik.

Frankly speaking, saya & Alya x pernah lg stay kt situ..
1 mei yg lepas, kitorang pernah pi survey bilik kosong kat situ wlpn tahu harapan utk ade tipis, maklumla.. cuti umum.
Memang betul, sume full booked.
Tapi siyes, mmg cantik kawasan hotel tu..
Mr. Hubby ckp sume bilik ngadap ke laut.
Wow, beshnyer.. bleh bulan madu lagi sekali.. :P.
Si Alya?.. bisa diatur.. Asal ade pool je.. epi la die..  =D




korang pun leh join contest ni..
klik -----> SINI <----

Dateline : 19 Mei 2010 jam 11.45 malam. 
  
Syarat ke-4
4. Create sebuah karangan (BM or BI) yang bertajuk " Kenangan Indahku di Cherating.." . Panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan...(nak lebih pun boleh)

" Kenangan Indahku di Cherating.."

*kembali ke alam persekolahan sekejap rasenye.. :P. 
Ekceli x reti mane nak wat karangan, rojak pn kira okla ekk..* 
Cherating, salah satu destinasi pelancongan yang popular dan menjadi daya tarikan pelancong luar mahupun dalam negeri ke negeri Pahang. Jugak bukanlah tempat yang tak asing lagi bagi aku, suami & kawan².
Memang banyak kenangan indah aku di Cherating. Masa bergelar mahasiswi, kitorang pernah  bercuti kat situ, berpicnic bagai sempena Y2k bugs!, Kitorang pergi dlm 10 org. Sewa chalet kt Kampung Inn, yela kan.. nk sewa hotel² mewah kitorang x mampu. Student la katekan. Mandi pantai adelah agenda paling utama. Hepi sanga!!t. Hilang tension belajar seketika. Malam harinya kitorang wat bbq .. Sangat sporting la kwn² !!

Tu cerita 10 thn yg lepas. Tapi ia bukannya tanda kami melupai kenangan di Cherating. Terkini, kitorang lagi skali bercuti kat area Cherating. Mini Gathering ngan kawan² zaman student dulu. Tak banyak yang berbeza, cuma kali ni kitorang pergi bersama keluarga. Lagi seronok krn masa dpt dihabiskan dgn mereka yg tersayang sentiasa disisi. Wlpn hanya dlm 7 keluarga je turut serta, ianya tetap seronok. BBQ adalah kemuncak aktiviti. Mandi pantai toksah ceritalah, anak² CT yg mula sal x mo mandi.. doranglah paling last balik ke chalet. Anak Gee & anak² Teq plak x mo balik time checkout. Tapi nak wat camner, planning sari aje. InsyaAllah, reunion yg lain pasti akan dibuat selepas ni.
Artikel terbaru saya tentang kisah perjumpaan kami lagi di Cherating di SINI, SINI dan SINI. Selain dari tu, setiap kali pulang menziarahi keluarga mertua, Cherating adalah salah satu tempat kitaorang sekeluarga beriadah.
Pendek kata memang destinasi menariklah Cherating ni. Tunggu apa, pergilah bercuti!!
Cuti² Malaysia, banyak yang dikunjungi, banyak lagi yg perlu anda terokai.. :P!!!

**maaplah, i x reti mengarang, kira hentam keromo je la**



TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

3 Sila Komen Disini ♪♫♪:

yusratravel said...

Salam leily,

Dah terjah & lulus..Good luck yer!

n.b:Happy Anniversary too..

sirna said...

kite teringin nk gi cherating, seumo idup x pernah lg gi..huhu

ZIG said...

gud luck lily..




Related Posts with Thumbnails