Monday, August 23, 2010

Angkara MERCUN- Budak maut stor mercun meletup


Salam 13th Ramadhan.. =)




Cerita berita yg saya paparkn ini adlh korban nyawa paling ngeri setakat ni angkara mercun!.Balik kije ptg semalam, mak sedara*guru KEMAS* de gitaw srg budak tadika maut, dengan otaknya terhambur kluar dan jasadnya tersangkut di dahan pokok berhampiran tempat kejadian.. *Nauzubillah*
Kejadian berlaku di Kg. Seberang Baruh, Kuala Terengganu kira² 5km dari rumah saya. My mum de gitaw die pun de terdengar letupan kuat sekan bunyi tong gas pecah time kejadian berlaku. Buletin Utama-TV3 & TV9 pn de siarkan berita ni malam tadi.. Saya dengar pun cukup ngeri taw!.


Dengar cite lagi, rumah tinggal tu dipercayai port tempat simpan mercun seludup. Ya Ampun, siapla kena heret ke muka pengadilan dorang tu nanti. Kawasan kejadian tu jugak area umah my pren, juga jalan shortcut tuk kitorang ke Pasar Chabang 3 incase x pakai helmet... :P

Pe pon, AlFatihah dan salam takziah tuk keluarga mangsa.








KUALA TERENGGANU 22 Ogos - Sebuah rumah lama yang dijadikan stor menyimpan mercun dan bunga api di Kampung Seberang Baruh Cabang Tiga, di sini hari ini, meletup dan mengorbankan seorang budak lelaki berusia enam tahun yang tercampak dan melambung di atas pokok sejauh kira-kira 15 meter.
Letupan dahsyat pada pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan mayat mangsa, Khairil Arif Ayub terlekat di celah dahan pokok berhampiran rumah tersebut selain sebahagian kepalanya berkecai.
Dua lagi mangsa berusia 19 dan 20 tahun cedera parah dengan kaki salah seorang daripadanya hancur.
Kedua-duanya yang belum dikenal pasti identiti masing-masing ditemui bergelimpangan di depan halaman rumah itu dalam keadaan berlumuran darah.
Mayat kanak-kanak malang itu hanya dapat dibawa turun oleh penduduk kampung kira-kira setengah jam selepas kejadian.
Mangsa-mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan kecemasan.
Mayat mangsa yang merupakan anak tunggal kepada pasangan peniaga, Ayub Abd. Rahman, 28, dan Kamariah Suffian, 25, itu turut dibawa ke HSNZ untuk bedah siasat.
Tinjauan Utusan Malaysia di tempat kejadian hari ini mendapati, keadaan bahagian depan dan anjung rumah tinggal berkenaan musnah akibat letupan tersebut.
Seorang saksi, Nurshefli Azhar, 36, berkata, letupan itu mengejutkan dirinya yang ketika itu sedang berehat di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian.
Katanya, gegaran itu turut dirasainya dan dia yang menjengah ke luar rumah melihat asap tebal dari arah rumah tinggal terbabit.
Dia terus bergegas ke lokasi kejadian lalu mendapati dua remaja lelaki bergelimpangan di atas tanah di halaman rumah.
"Saya tak pernah dengar bunyi letupan sekuat ini dan saya terus ke tempat kejadian dan terlihat dua remaja cedera parah," katanya.
Katanya, seorang daripadanya, tidak sedarkan diri dengan sebahagian kakinya hancur manakala seorang lagi di bawah timbunan kayu.
"Pemuda yang cedera itu sempat beritahu saya ada seorang lagi budak jadi mangsa lalu saya naik ke atas rumah untuk mencarinya sehinggalah saya jumpa mangsa (Khairil Arif) terlekat di atas pokok dalam keadaan mengerikan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan ketika ditemui pemberita di tempat kejadian hari ini menyifatkannya sebagai kejadian paling dahsyat di negeri ini yang membabitkan mercun.
Beliau memberi jaminan polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk pemilik bahan-bahan berkenaan.
Katanya, pihaknya menubuhkan pasukan khas berhubung kejadian itu agar siasatan terperinci dapat dilakukan.
"Kita juga minta bantuan Unit Forensik daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk bantu kita jalankan siasatan mengenai kejadian ini.
"Kita harap orang ramai jangan terlalu ghairah mencari keuntungan dengan menjual bahan terlarang dan membiarkan anak-anak bermain mercun," ujarnya.


Berita selanjutnya klik SINI




TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

11 Sila Komen Disini ♪♫♪:

LYaFRINA said...

mmg ngeri leily.. takut sgt2...

ermm..kalo mercun mmg lya xakn bg asya main.. bunyi saje pon dh buat hati ni bgegar...

smoga pemilik bhn2 mercun tu smua dpt dbawa k muka pgadilan..

Softtouch [Hanim] said...

tgk berita semalam..kesian budak2 tu..tiap2 musim raya ade je yg meninggal sbb mercun ni..dorang ni xreti serik ke apa...

mrs_yus said...

subbahanallah! mmg ngeri..harap sgt2 polis dpt tangkap tuan empunye mercun tu dn dhukum gntung smpai mati!

Adlina Husaini said...

salam membalas kunjungan ^_^

thanks letak link kat blog ina..

btw, kesian kat budak 6 tahun tu..cara dia pergi amat menyedihkan..

YanaNuar said...

Seram wehh baca citer nih...semalam tak sempat nak tgk brite..cbuk nak solat maghrib hihi..Tak dapat nak bayangkan cemana seksanya budak tu huhu

MamaYatie said...

rasa geram + marah kat tuanpunya mercun ni..budak kecik tak berdosa jugak jadi mangsa..

Nur a.k.a admansyah said...

tu lar... sian tol. Bdk tur sama ngan anak akak... tau jelar kalo nakai pun dh nama-nya budak! Yg salah is... peniaga mercun tu! Innalillah...

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

mak pak budak tu tokey mercun ke? dengar2 camtula..adui
sian sunggoh la
anok jd mangsa mercun. tercampak jauh pulok tu..sapa atas pokok..siannn

Trah Wann said...

nauzubillah >.<

harap kjadian ni boleh bagi ksedaran kpd org ramai spya jgn suka suki main mercun .

huhu , tak nak lah main mercun lagi tahun nih T_T

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

berita yang sangat menyayat hati..alfatihah buat adik khairul arif

nieda said...

kesiannya bila jadi perkara mcm ni..hopefully keluarga mangsa tabah




Related Posts with Thumbnails