Monday, August 16, 2010

Keluarga disimbah asid.


Salam.. =)

Sebenarnya i nk post cite lain arini,
tp bler tgk paper kosmo arini trus sentap..
sakit hati pun ade..
Hilang akal beno manusia skrg ni..
baru 2 mlm lepas dgr suami bunuh isteri, disyaki sakit mental..
okla, boleh dimaafkan lagi dh de rekod camtu..
makin menjadi² lak lately ni ekk..
makin dibendung, makin parah..
dhla bulan Ramadhan, lg hebat dugaannya..

ni tak..
sedih tgk!!
Kemungkinan besar hilang penglihatan gara² perangai bapaknya itu..
Apalah malangnya nasib si anak tu..
Aduhaaiiii..
Nauzubillah, mintak² dijauhkan perkara mcm ni..





KUALA TERENGGANU - Seorang wanita tidak menyangka suaminya sanggup membawa asid untuk mengugutnya mendapat wang sehingga menyebabkan dia tiga beranak dan ibunya melecur di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi itu, suspek dipercayai bertindak demikian kerana berang dengan keputusan mangsa yang telah berpindah pulang ke rumah ibunya dan dalam proses memohon penceraian dengan suspek.
Semasa kejadian suspek didakwa memecah masuk rumah ibu mangsa dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi cecair asid.
Kehadiran suspek mencetuskan pertengkaran dengan mangsa sebelum mangsa cuba merebut bungkusan asid itu dan menyebabkan cecair itu terkena mangsa.
Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, cedera di muka dan kedua-dua belah tangan serta bahagian belakang badan.
Turut melecur dua orang anak mangsa, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, dan Mohd. Irfan Firdaus, 2, serta ibunya, Minah Omar, 56. Masing-masing melecur di beberapa anggota badan.
Paling teruk, Nurul Dahyatul yang mungkin hilang deria penglihatan apabila seluruh muka sehingga paras dada kanak-kanak itu terkena asid.





p/s: Huh, memalukan rakyat ganu aje.. :P







TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

12 Sila Komen Disini ♪♫♪:

nasazfrog... said...

ya allah kesiannya.. tergamak bapak sendiri buat camtu.. ermm...

Softtouch [Hanim] said...

Astagfirullah....kesiannyer anak2 tu..xguna punya bapak..bengong punya jantan!..sory terkasar bahsa..sebab geram..

~aSHa~ said...

jahatnye ayah dia....elok direjam je...sakit hati la tgk...

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

Asha.. tu la, bln ramadhan plak ni..
eeiiii, sakit hati sgt taw!!!
kesian, hancur masa depan budak tu..
sedih sgt taw, tataw nk xplain camne!

Shiela Latif said...

siannyer anak tue...malaysia skang nie semakin pelik dan zalim berita kat kan?...

surat kabar pon macam2 ada...naik muak dah baca...geram cam mana orang kita sanggup buat macam tue kat anak bini...hanya kerana DUIT...

makdara TERDIVA said...

Ya Allah manusia sekarang ni..sume dah sakit mental gamaknye..

Nana said...

GILE AGKNYE BAPAK DIA TU MEH KITA PAKAT RAMAI2 SIMBAH ASID KT DIA PLAK BIAR DIA RASA MCM MANA
KESIAN KT ANAK DIA YG KECIK TU BR UMUR 2 TAHUN DAH MELECUR KENA ASID

mamalieyna said...

Masyaallah..dgn keluarga sndiri sanggup buat mcm tu ye,,,nak kata hasutan syaitan, syaitan dh kena ikat bulan2 ramadhan ni..huhu..melampau2 org skrg ni..takde belas ehsan dah!

Nauzubillah, jauh la benda2 mcm ni dr kita2 ni kan..

mama_umar_maryam said...

elok balasnye simbah jugak asid ke ayah die,eeei!!

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

Salam leily,
jom singgah tengok tungku moden kat blog saya

http://bintanghatiummi.blogspot.com/2010/08/tungku-panas.html

MrS. F!zA said...

huhu sedihnya tgk budak ni.. dh la bapak sendiri plk tu..

Ummi Eisya said...

kesian tul anak2 dia ni..mmg trauma..




Related Posts with Thumbnails