Tuesday, October 5, 2010

Pendinding Dari Ilmu Hitam/ Sihir.


Salam.. ;-)

Sedikit panduan & amalan utk saya juga utk kalian semua..
Semoga terlindung drp. segala kesulitan yg akan menimpa..

Sumber: Majalah Harmoni| Ogos 2010
Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood 


1. Amalkan makan tamar/kurma ajwah
Nabi saw bersabda: " Barang siapa makan 7 biji tamar ajwah setiap hari, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan dari racun atau sihir yang terkena pada hari itu". - (Bukhari)

2. Berwuduk sebelum tidur
Nabi saw bersabda: "Barang siapa berwuduk sebelum tidur, sihir tidak boleh memberi kesan kerana ia dikawal ketat oleh malaikat malah malaikat berdoa kepada Allah : " Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini kerana dia tidur dalam keadaan bersuci". - (Bukhari)

3. Rajin solat berjemaah
Nabi saw bersabda: "Mana-mana kampung / kawasan yang tidak mendirikan solat berjemaah, meskipun tiga orang, nescaya akan didampingin syaitan. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya". 


4. Baca doa masuk tandas
Tandas adalah tempat kotor yang merupakan rumah syaitan. Sekiranya doa tidak dibaca, syaitan akan cuba mengusasai bila seseorang itu masuk tandas. " Ya Allah, aku mohon perlindungan daripada segala kekotoran dan gangguan syaitan."

5. Solat tahajud
Rajinlah solat tahajud agar syaitan tiada ruang untuk menguasai diri seseorang.


6. Amalkan doa-doa pelindung diri.
  • Al-Fatihah
  •  Membaca tiga Qul setiap hari iaiti surah Al-Falaq, Al-Ikhlas dan An-Nas.
  •  Nabi saw bersabda : " Barang siapa yang membaca tiga Qul ini sebanyak tiga kali pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu." (Bukahri)
  • Ayat kursi, Nabi saw bersabda : "Barang siapa membaca ayat kursi sebelum tidur, dirinya sentiada didalam pemeliharaan Allah, syaitan tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke pagi."
  • Bacalah dua ayat terakhir surah Al-Baqarah, ayat 285 dan 286.
  • Nabi saw bersabda: "Barang siapa membaca kedua-dua ayat ini dalam satu malam, maka kedua-dua ayat tersebut telah pun mencukupi baginya. (Bukhari).

7. Pagar diri ketujuh
Amalkan doa ini untuk selamat dari penindasan manusia yang berniat jahat. " Wahai Tuhanku, selamatkan lah daku dari kaum yang zalim." (Doa Nabi Musa a.s, didalam surah Al-Wasas ayat 21).

8. Pagar diri kelapan.
Banyakkan berzikir kepada Allah, beristighfar dan berselawat ke atas Nabi S.A.W.







TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

9 Sila Komen Disini ♪♫♪:

Nana said...

tq good info ni

Softtouch [Hanim] said...

thanx for sharing..sgt gud info...

makdara TERdiva said...

terima kasih atas ingatan ini..

mak MDT pun selalu pesan suruh baca yg 3 kul, alfatihah,selawat, doa tidor & ayat kursi..

pun kadang2 MDT kelaut gak..heh!

sdar2 jer dah ade kat karachi..hehe!

Joy said...

thanks for sharing. time nk tido selalu berselawat..bc doa tido..if terajin br baca ayat kursi..:D

♥♥♥aRiSa FunAbAsHi♥♥♥ said...

salam..

alhamdullilah..info yang baik nih..
boleh amalkan selalu..rerajin bg tips lagi ye..heheh

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

sharing is caring kan..:-) tocey!

eLYies said...

good info...skang ni ramai manusia yang tak takut mati..sanggup buat benda ni..hanya kerana DENGKI sesama manusia..huuhuhu

Ciklinn said...

Tq share yer.. bagus utk buat amalan.. ciklinn selalu baca ayat 3 qul tu jer

Nur a.k.a admansyah said...

nampak cam simple jer.. tp pun susah nak wat amalan kan? Insya Allah...

Tengkiu 4 really really gud info! Moga pahala sebarkan ini lagi byk utk-mu dik!




Related Posts with Thumbnails