Tuesday, June 29, 2010

Lagi video klip 'porn' .. =)

Salam...

Adushhhh..
hohoho, cepat aje korang klik ekk..
mentang² la i letak tajuk camtu..
amboi, ko igt klip video Ariel peterporn aje de,
yg ni lg syiok,..
korang mau nengok ekkk..

hahaha, dh mmg nk tengok la ni..?

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


pejam mata dlu...


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


18sx onli..


*


*


Haaa... nak lg?..
itu bukanlah Cut Tari mahupun Luna Maya, tp Alya Husna.. :P
pandai la..
dah, pi buat kije..!!!!


Ni la lagu sebenar yg my dear Alya nyanyi..
tp mayb cd lekat kot.. :P
asyik ulang part corus aje..
biasala, cd pasar malam..
3 x rm10 yal..
hihihihih...




*


*


*


*

Marshanda - Ketulusan Hati (OST Aqso & Madina)


Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah






TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Monday, June 28, 2010

Nagaku beranak sulong!!!!


Salam.. =)

Iye!!
jgn terkezut..
deknon² sekalian..
naga makcik dh beranak sulong!


nak tengok?
okeh,
meh sini mak nak tunjuk...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*





tu dia!
Buah Naga/ Dragon fruit/ Pitaya..
tapi kalo di jabatan kitorang prefer panggil Pitaya
mabeles, lebih mabeles kalo slice letak dlm peti ais..
cedappppp...
ni variety yg isinya kaler merah tu

huh, punyela aku timang si naga ni..
akhirnya mengeluarkan buah sulung jugak!
suke.. suke..
pas tu, byk plak aku nengok putik² yg baru nk kuo..
aiii, leh jual la pas ni..

yg. ni baru berputik..
harap2 menjadi la..
de jugak kes yg dh kuo putik tp x menjadi, jd kering..

yg. ni plak dh kuo bunga..
aiii, x lama lg leh makan buah plak la..

tp siyes ckp, aku sikit pn x letak baja pokok ni..
stail tanam n biar aje..
tp, Alhamdulillah, kuo hasil jugak akhirnya..

de jugak org persorangan tanya camne nk dptkan bekalan keratan ni..
okeh, mane yg berminat leh emel aku
or
berhubung terus ngan pihak jabatan
rege jabatan rm2.50/keratan
macih!!!. :P






TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Friday, June 25, 2010

Surat exclusive khas untuk para isteri dan teman wanita menjelang Piala Dunia 2010


p/s : surat ni bkn somi saya yg anto okeh..
mungkin disebabkn itu, kwn saya ni, en. mamat mentagkn
surat ni tuk dedikasi sy, maklumla somi kite sgt² sibuk & terhad masanya tuk bende² gini
neway, tq mamat ya.. =)
meh i kongsi ape yg tertulis..
sepatutnya, kena publish post awal² piala dunia lg..
tp lyn ajela..
mane² yg sominye kaki bola jugak, jom layan surat ni.. :P



Ke hadapan,

Isteriku / Buah hatiku/ Teman wanitaku yang dikasihi,

1. Dari tarikh 11 Jun – 11 Julai 2010, sayang perlu membaca bahagian sukan dalam mana-mana akhbar supaya sayang akan sedar tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Dunia Bola Sepak, dan supaya sayang boleh mencelah di dalam mana-mana perbualan. Jika sayang gagal lakukannya, sayang akan dipandang semacam jer dan tidak akan diendahkan langsung. JANGAN komplen jika sayang tak mendapat perhatian secukupnya.

2. Semasa berlangsungnya Piala Dunia, tv akan menjadi milik abang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian. Jika sayang (walau sedikitpun) menjeling pada ‘remote control’, berjaga-jagalah kerana sayang akan menerima balasannya.

3. Jika sayang perlu berjalan di depan tv semasa perlawanan tengah berlangsung, abang tak kisah … selagi sayang merangkak di atas lantai tanpa mengeluarkan walau sedikit bunyi pun dan jangan mengganggu tumpuan abang.

4. Semasa perlawanan berlangsung, abang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika abang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan. Jangan harap abang akan mendengar kata-kata sayang, jawab telefon, menyidai baju atau mengambil baby kita yang sedang bergolek di atas lantai kerana… ia TAK AKAN berlaku.

5. Abang akan sangat2 berterima kasih jika sayang dapat menyimpan bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk pada setiap masa supaya abang dapat kunyah semasa menonton perlawanan nanti. Sebagai balasannya, sayang akan dibenarkan menonton tv di antara jam 12 pagi hingga 6 pagi, melainkan jika perlawanan yang abang ter’lepas’ ditayangkan semula pada waktu tersebut.

6. Tolong, tolong dan tolong! Jika sayang nampak abang sedih kerana pasukan favourite abang kalah, JANGAN sekali-kali mengatakan, “ia hanyalah perlawanan, janganlah emosional sangat abang nie,” ataupun, “jangan risau la bang, mereka akan menang lain kali”. Jika sayang menyebutnya jugak, abang akan menjadi bertambah berang dan cinta abang pada sayang akan pudar. Ingatlah bahawa sayang tak akan tahu pasal bola sepak nie lebih banyak dari abang, oleh itu kata-kata ‘galakan’ sayang itu hanya akan menyebabkan rumahtangga kita berantakan.

7. Sayang dialu-alukan untuk duduk bersama-sama dengan abang untuk menonton satu perlawanan bola dan sayang bolehlah bercakap dengan abang semasa ‘half-time’ TETAPI hanya bila iklan disiarkan, dan HANYA jika keputusan separuh masa itu menggembirakan hati abang. Sebagai tambahan, abang hanya kata SATU game saje, so jangan pulak sayang silap faham dan menganggap Piala Dunia nie satu alasan untuk kita ‘meluangkan masa bersama-sama”.

8. Siaran ulangan semasa menyumbat gol adalah SANGAT penting. Abang tak kisah jika abang dah tengok atau belum tengok lagi perlawanan tersebut, yang PENTINGnya abang nak tengok banyak –banyak kali.

9. Cakap kat kawan-kawan sayang supaya jangan melangsungkan apa-apa kenduri atau majlis yang memerlukan kehadiran abang kerana :

a) Abang tak akan pergi,

b) Abang tak akan pergi, dan

c) Abang tak akan pergi.

10. Tapi jika ada kawan abang mengajak kita ke rumahnya untuk menonton perlawanan bola, kita akan pergi secepat kilat!

11. Sorotan harian Piala Dunia yang ditayangkan di tv pada setiap malam adalah sama pentingnya dengan perlawanan yang dimainkan. Jangan sekali-kali terfikir untuk kata, “tapi abang kan dah tengok yang ini … apa kata abang tukar ‘channel’ supaya kita semua boleh tengok siaran lain?” kerana untuk jawapannya “sila refer item no.2 dalam list nie”

12. Dan akhir sekali, tolong jangan sebut ungkapan seperti “Nasib baik Piala Dunia nie hanya 4 tahun sekali”. Abang sudah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Piala Dunia, akan muncul pulak Champions League, Premier Leagur, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, Euro Cup, dll….hehe

P/S

Dan satu lagi, jika kereta ayang rosak di mana-mana jalan, tolong call Polis atau khidmat trak tunda yer.

Terima kasih atas kerjasama sayang.


4thn skali je..






TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Monday, June 21, 2010

Untuk mereka yang bergelar A.Y.A.H


Salam.. =D


Hadiah terbaik seorang ayah kepada anak² ialah dengan mencintai ibu mereka. Cintailah isteri nescaya anak² akan mencintai ayah. Jangan sesekali memisahkan kasih antara anak dan ibu. Kelak nanti putus pula kasih antara anak dan ayah..

 Renung²kan & Selamat Beramal.. =)







TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Sunday, June 20, 2010

Hari Bapa 2010


Salam... =)


"... Ayah saya tak tahu menjahit..
tak tahu berkebun..
tak tahu ikat tocang..
tapi..
ayah tahu apa yg. saya mahukan.. "





Selamat Hari Bapa utk semua bapak²,
yg akan jd bapa..
kat luar sana.. =)





TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Friday, June 18, 2010

Award & Tag


Salam... =)

Mlm² cam ni tataw la nk publish n3 psl ape..
memandangkn Kak Nur telah kenankn tag wat aku,
jd mlm ni aku langsaikan aje hutangnya itew...
ala Kak Nur, i x marah la..
dgn tag tu maka berapdet jugakla blog ni..
ok, here i goes..



1. How old were you when your first child was born?
25 tahun

2. What month and year was your youngest child born?
huhuhu, i br de sorang je anak,  Jun- 2006


3. How did you feel when you first found out you were pregnant?
ouchhh, semestinya gumbira.. teruja

4. Who did you tell first?
ofcos la En. somi

5. How many pounds/kg did you gain during your first pregnancy
Seblom pegnen berat 37.5 kg- underweight, 
siap de label ijo lagi kat kad klinik.
Last pegnen 50.5kg. Naik la 13kg ..


6. What did you crave while you were pregnant?
takde mengidam yg pelik².. cuma suke sgt mkn kerabu mangga..
haaa, lg satu nasi bubur kat Kg. Baru tu..
tempat wajib kalo dtg KL

7. Did you find out the gender of your first child? Why or why not?
de pi scan mase 6 bln ghitew!.. doc. gitaw boy..
pelagi, suke sgt la en. somi..
sopink sume baju kaler biru..
tuptup kuo gurl, hihihi..
de geng ii... =)

8. Did you have any complications during your pregnancy?
Awal² pegnen x de masalah langsung, cume kengkadang HB je rendah.
Tapi, dekat² nak deliver..kepala budak still x turun² ke bawah. 
Terus kena refer pakar. Check punye check, doc. cakap air ketuban kurang (Oligohydramnios). 
Pelik jugak kes saya ni psl x de pon kuar air seblom tu.
ape komen Dr. Faryn....?

9. How much did your first child weigh?
 2.99kg

10. Was your first child early, late, or on time?
 kategori lambat la sbb jangka dlm 05 jun gitu..
tgu kluar jln normal x jugak,
trus emergency operate sbb heartbeat baby down!

11. What is the most difficult challenge or health issue that any of your children have faced?
 Alhamdulillah, takde sebarang masalah kesihatan yg kritikal setakat ni..
Harap² selamanya la, InsyaAllah...


12. What's your favorite part of being a mom?
 apa yek.. time Alya bgtaw yg die x mo berpisah dgn saya!..
pastu akan peluk i rapat², kuat²..
huhuhuu, gumbira n sgt syahdu!

13. Do you think it's easier to be a mom or a dad?
 tentu la senang jd bapak, cam kes saya la.. :P
yela, dia mane berdepan ngan karenah anak..
time anak demam ke, wat pangai ke..
sekalisekala tu iyela..


14. What is the best piece of advice you could give to someone who is about to have their first child?
iye.. sama la Kak Nur, bersedia dr segi emosi n fizikal.
  & jgn takut nk banak(walhal diri senirik pn takuuutt.. :P)

15. Did you always think you'd have kids? 
ofcos i am..

16. What's been the biggest surprise about motherhood?
mula² menyusu badan si Alya..
rasa cam chemistry tu mengalir antara kami.. =D

17. Are there things you miss about life before kids?
banyak sgt.. zmn yg x perlu i fikir cam skrg

18. How many children do you have?
 only 1

19. Do you plan to have any more children?
 ofcos!... sedang berusaha ke arah itu!

20. Who's the mom that you admire most? 
mestilah Mak senirik kan,
jugak mak mertua! 

ok, tammat!
sonot kn tag ni, dpt revise kenangan yg terindah sorang ibu..
so, jom kite dengar kisah mereka lak,
i wanna tag :-

1. Dr. Faryn
2. Lya
3. Hanim
4. Zetty 
5. Nana

** sila amek award kat bawah nun skali okes, hihihi.. rasuah suh wat tag.. =)***


Oucchh, baru i pasan
tag mcm ni dh kena masa kat Fotopages dulu..
klik SINI



----------------------


 
Dan n3 kali ni jugaj psl award yg dh lama aku dapat & terperam...
Macih byk² wat Ladylla yg. sudi bg. award tu
 ishk, beauty ke blog haku ni?..
hahahah, ye la tu.. pasan lak!


*


*


*


*




-jugak nak passing award ni kat dorang yg kena tag aku kat atas nun..
amek yep!!-
eh Ladylla, 
akak hutang satu lg tag contest photogenic nko ye dik.. :P
nantila,.. pah² ni la okeh!..






TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Frens 4-eva...


Salam... =)

Ini adelah gambar yg. masih fresh okeh..
bersih dari kulapok mahupun yis yg. mau menyinggah, hihihi..
iye, petang tadi kitorang de wat perjumpaan kecil²-an ngan kwn² sekolej dulu..
ngan cikgu Mariani a.k.a Mokma n co. & cikgu Salwani + Amer n co. ..
cuti skolah camni dorang blk kg., 
so peluang utk bertemu mata x dilepaskn wlpn hanya seketika...

Agak lama x jumpe dorang ni..
ngan Mokma la aku rase last skali time tunang dlu, thn 2005..
Mokma dtg majlis aku, mula² dpt lesen kete..
huh, pucat lesi die time nk reversekn ketenya itew..
huhuhu, sib baik tunangku penyelamat keadaan masa tu.. :P

Ngan Wani lak, sekitar thn 2007 camtu..
mai beraya kt umah, malam..
tu pun sekejap aje..
nak bergelak sakan mmg x dpt la,
maklumla.. sopan!!!

so tadi, sedikit sebanyak semangat ''keriuhan'' zmn duk U dpt dilepaskn..
uis, riuh rendah jugak McD kitorang conquer
Inet aku x dpt jupe, sbb kul 5pm die de praktis bowling..
hohoh, minah tu kuat sukan btul skrg..
Suhaida a.k.a Soker dtg lewat sket, 
namun kehadirannya makin menggamatkn suasana..
ibu beranak 3, teman menguloku sejak berpindah ke K. Trg .. =)

Okeh,
jom layanz gambar² kitorang!


*


*


*


aku, Mokma n 2nd son & Wani n 2nd son


mommies clubing!
x caya skrg dh jd mak budak² sumenyer..
rase cam maren je duk gallok same²..

mokma n anaks
coursemate degree haku..
jugak tempat dimana assignmentnya sering menjadi sumber rujukanku.. :P
pas mokma ke Skudai, tinggallah aku terkontangkanting membawa haluan senirik..
hwaaaaa...

oh Mokma ku syg, 
tuala mu itew mengingatkn aku zmn studi kite..
hahaaha,... salu tuala cam itewlah menjadi skaf kepalamu satu ketika dulu.. 
skrg, mu wat lap hingus anak lak eh.. 
hwaaa.. nostalgia sungguh!!!! 

Mok ma & family..
Sominya classmate die - Kej. jentera time kitorang same² kat Teknik Ganu dlu..
sape sangka ek.. panda mu kaber line op?

Wani Amer n co.
eh, itu bkn anak sulong dorang tu..
yg Wani dukung tu anak ke-2 mereka..
ni lg satu, kapel zmn belajo dlu..
Alhamdulillah, jodoh mereka kekal hingga sekrg..
Mudah²an, sampai ke syurga ye!..
Amer n Wani, dlu skit punye slim la weyy..
skrg sikit naik, senang hati la tu, dh x PJJ lg.. =)

 
Soker n anaks..
3rd son pah mane hala taw..
nilah partner salahlaku jenayah dlm khidmat awam aku!!..;p
ye betul, budak itulah yg salu mengajak saya sopink kedai kain..
ajak gi mengulo opis Inet la..
semenjak duamenjak die dpt tuko ke K.Trg, akulah yg salu jd mangsa!
ptt la beria beno suh aku tuko kat HQ, sebloh opis die aje..
haaa, tangkap die encik.. die yg ajak saya!!!
**jgn mencari dalih tp katelah boleh... @sinar.fm**

 ntah isu ape yg dibincangkn itew..
agak²nya isu Israel v/s palestin kot!..
tu die, sampai berkerut lagu tu skali muka Wani..
Ishhhkk, isu besar ni..:P
sib baek aku x terlibat, kalo tdk... lg sakit!!!..;p


Adushhh..
gigih sungguh aku upload gambar & alkisah perjumpaan kitorang ekk..
uisssh, dh lewat ni...
gudnite, babai!!!!


Liquid Sweet dreams!


P/s:
Alya mmg aku ajak skali..
tak tinggal punye wlpn nk dating..:P
tp biasalakn, baik punya port aku carik!!
dh dpt rasuah menan, so.. dpt le haku sembang lama sket.. :P 


 


TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Thursday, June 17, 2010

LOok StYle conTeST by cik Naen



Macih atas ucapan TAHNIAH u ols =). Banjer?.. hohohoo, meh la sini.. ;p



Salam.. =)

Ekceli, tataw plak psl contest ni..
tapi si Lya dh tagkan saya,
maka nak tak nak kena la abeskan game ni
kira 2 in 1 la, tag n contest!



Klik SINI utk sertai..

 My look style picca is...



*


*


*


Me n my lappy terchenta!
Lappy tu adiah dr. En. Somi, adiah besday katenye...
hihihi, sgt² suke uuuu.. =D..
u noe wut,..
 tag wishlist yg korang kenakan i x lama dlu rupenye die skodeng baca taw!!..;p 
hahaha, dpt le i merasa gune lappy senirik skrg!
yup, aktiviti blogging sgt menarik dgn hadirnya lappy itew!!


   nak taw kaler ape en. Somi beli???...


*






*






*





*













haaa, tu dia!!
fink kaler lg uuu..
sejibik mcm tu la, mls nk amek gambo btolnyer.. ;p
Opss, lupa lak nk gitaw..
skali package ngan backpack targus lg.. 
pow somi nyer.. hihihi..
i loikeee!!!




& i wanna tag..
1. Ctjay
2. Rozie
3. Teq







TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Monday, June 14, 2010

APC 2009


Salam.. =D

Ini bknlah edisi riak, jauh sekali takbur yer,
cume nk kongsi kegembiraan saya ngan mereka kt luar sinun..
hihihi, tu pun kalo de yg. nk kongsi.. :P
hahahahaa... leh r ek..  ;)



mmm, sebenarnya.. saya adlh calon pekerja cemerlang jabatan thn 2009..
Alhamdulillah &  sungguh tak ku sangka..
Cemerlang setakat manela kalo kije cam i ni..
fesbuk, bloggin, fesbuk, bloggin.. :P
tapi, mungkin bigboss tlh menilai saya ni kategori staf yg. cemerlang
berbanding ngan yg. sedia ada.. hihihii..

iyelah,
bulan seblas ni baru genap 5 thn saya berkhidmat ngan jabatan ni ..
wlpn pd mulanya aku sprt. mengalami kejutan budaya kerja kt. sini,
berbanding ngan opis asal- Jab. Pembangunan Wanita Negeri Terengganu.
Dengan prasarana + infrastukturnye la, dgn budaya staf la, 
ngan jarak perjalanan yg lebihkurang 26km sehala dr. rumahla..
tak termasuk lg dialek percakapan yg ntahapeapentah..
aku pn mula sal kureng faham!!..
tapi Alhamdulillah..
berkat kesabaran yg ada dpt juga sy merasa naik stage.. poyo ayat!..


Bukan insentif yg aku cari..
tapi keseronokan kerja sprt. yg termaktub dlm tonggak 12..
Ingat?.. hihihihi.. :P


** i'm now heading to kolumpo again,
esok, @Wisma Tani, Putrajaya.. =) **




TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Sunday, June 13, 2010

Dosa dalam FACEBOOK


Salam..

Untuk panduan semua..
grab dr. fb member.. :p

Fbnyer idok HARAM..
tp bler dh salahguna, hukumnya HARAM..
huhuhuhu.. 




Renung²kan & Selamat beramal.. =)




TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Saturday, June 12, 2010

SyazAisyah Giveaway


Jom Klik SINI

moh le serbu cepat!!!!
untung sabut timbul,
untung nasib kite,
leh menang perfume ni.. :)


*


*




*



Dateline: 15.06.2010





TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

My Little Ladies Rack Give Away


Salam.. =)

Arini just hanging out kat umah aje..
x ley gi memana psl my lil. Alya baru aje kebah demamnye..
so, layan contest n giveaway aje la kijenyer..


Jom klik SINI utk sertai
anjuran Cik Mully, tokey tudung.. :)

Shawl Murah!





cepat² kengkawan, leh menang shawl lg u..
siap bleh pilih!!!..

dateline pd. 28 Jun 2010 (12.00 PM)






TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Wansteddy Giveaway


Salam... =)


Jom join giveaway dari Wansteddy
Jom klik SINI utk. sertai



syarat²nya sgt simple ghitew..
 cepat, datelinenye pd.12.07.2010





TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Friday, June 11, 2010

MY DADDY SUPER COOL CONTEST

Salam .. =)

 Jom klik SINI utk sertai..

MY DADDY SUPER COOL CONTEST



Picca of My Daddy super cool is...


*




*




*



Daddy : Asmawi Ahmad
Doter : Alya Husna | 4 years


Yes,  
my daddy is super cool!!!. 
Cool cam air pool tu la, hihihihi.. :P
Sanggup u terjun sama menemani si Alya kat dlm pool budak² tecit tu ekk...
dh la budak² yg ramai lak tu, ngan kencingnya lg dlm tu .. :P, hahahah..
patut i la kt situ ek, tapi...
ishhhkk, mommie x kose la mak dek non ooii..
takpe la syg, u kn Bapak mithali.. tak mcm i, ibu menyesali.. :P
lgpn u jarang² aje kena lyn karenah anak bertuah tu..
So, dh kena tu layan ajela.. =D

btw, a million 10-s Syg..
Alya should proud 2 hv some1 like U, dear!!!

 





TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D




Related Posts with Thumbnails