Thursday, May 5, 2011

Nenek pertaruh nyawa demi cucu


As Salam..

Harini genap seminggu peristiwa pahit ni berlaku..
rasenye mcm aku bermimpi plak..
tak pernah terfikir yg ianya leh terjadi dlm hidupku..
InsyaAllah, nnti de masa aku ceritakan details psl kejadian ni..

Ni de sisipan berita psl kejadian itu..

Credit to Sinar Harian

tinggal kenangan.. ;-/

KUALA NERUS- Seorang nenek sanggup menggadaikan nyawanya dengan meredah api yang sedang marak di sebahagian rumahnya demi menyelamatkan nyawa cucu dalam satu kejadian kebakaran di kampung Batu Hampar, Manir, tengah hari semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari itu, Minah Abdullah, 58, memberanikan diri membolos masuk bahagian dapur rumahnya untuk mengangkat cucu lelakinya berusia dua tahun yang ketika itu sedang tidur dalam buaian di ruang itu.

Menceritakan peristiwa ngeri itu, Minah berkata, ketika kejadian, dia berada di luar rumah sedang menyapu sampah manakala cucunya yang sedang tidur itu ditinggalkan keseorangan di ruang dapur.

“Ketika sedang menyapu sampah, secara tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang begitu kuat dari arah bahagian belakang rumah dan begitu terkejut kerana ternampak api sudah marak menjilat dinding kayu rumah saya.

“Melihat situasi berkenaan, saya hanya fikir ingin menyelamatkan cucu yang sedang tidur dan disebabkan itulah, saya langsung tidak mengendahkan keadaan api yang sedang marak membakar satu demi satu bahagian rumah,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, di lokasi kejadian.

Menurut Minah, walaupun dia sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang, namun tetap bersyukur kerana nyawa dia dan cucunya selamat.

Sementara itu, menurut suaminya, Abdullah Long, 61, dia yang bekerja sebagai penoreh getah hanya mengetahui kejadian menimpa keluarganya setelah diberitahu jiran kerana ketika kejadian, dia berada di kebun getahnya.

Dalam perkembangan sama, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat, Pegawai Bomba Kanan II, Zubir Musa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.16 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian jam 12.35 tengah hari.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kami dapati rumah sementara kekal itu sudah seratus peratus terbakar dan dengan kekuatan anggota seramai 17 orang, kami berjaya mengawal api daripada terus merebak di lokasi berhampiran hanya dalam beberapa minit sahaja,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, sehingga kini, punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Takziah utk mak sedara aku!


Nak tambah pendapatan tru Heartbeat?
Klik SINI utk maklumat lanjut..

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

10 Sila Komen Disini ♪♫♪:

ZSqueenbee said...

alhamdulillah terselamat keduanye..

NM02 said...

bangga dengan kekuatan yang ada pada makcik minah

Fieza79 said...

nsb baik suma selamat kan..tkpe harta boleh di cari...

ibu syafiq said...

alhamdulillah tiada yg t'korban...
takziah kpd keluarga...
smoga tabah m'hadapi'y...

MamaYatie said...

takziah tuk mak sedara tu..alhamdulillah, mereka berdua selamat..walaupun hilang rumah tp nyawa lebih utama..tumpang sedey..

Yan said...

Sedihnya.. semuga mereka semua tabah..

Miss b said...

nasib baik selamat. alhamdulilah.

apa pon nyawa lebih penting.

harta boleh dicari. :)

zaidah said...

alhamdulillah nenek n cucunyer selamat....nilai nyawa lebih berharga daripada rumah yang musnah...

ieda said...

alhamdulillah x jadi apa2 yg menyayat hati .. x per harta boleh di cari , tapi nyawa tiada galang gantinya .. huhu

ps : dik nak ucapkan terima kasih sbb adik bantu akak buat add bloglist tuu aritu akak ada buat entry bloglist ilang dan ada mention nama adik .. tapis ayang blog add adik dah ilang dan akak x dpt nak letak link .. :)

tkasih sekali lagi kerana sudi ajar akak :) love u dik muahh !!

Softtouch [Hanim] said...

Alhamdulillah nenek n cucu selamat...




Related Posts with Thumbnails