Friday, June 3, 2011

Menu : Asam Pedas Ikan Pari


As Salam.. =)

u ols masak ape arini?

Ni resepi asam pedas ikan pari
saya try resepi Kak Nannie,
tqvm yer kak..
sedapppp.. =)





Ni saya kopipes resepi itu :-

Asam Pedas Ikan Pari

BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan pari segar2 cawan air
1 batang serai * saya tak letak*
2 keping asam keping atau 1 sudu besar asam jawa
1 bunga kantan- dibelah dua
Segenggam daun kesum
Sedikit garam dan gula
BAHAN-BAHAN DI BLEND:
10 biji cili kering - direbus supaya menjadi lembut
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm belacan
*Jika suka lebih kuah masukkan lebih air.
CARA MEMASAK: 
1) Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan diblend sehingga naik bau.Kacau sehingga sambal menjadi masak dan pecah minyak.Kemudian masukkan serai dan kacau lagi.
2) Seterusnya masukkan air , daun kesum, asam keping dan bunga kantan. Kacau semua bahan dan biarkan kuah mendidih.

3) Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan pari , garam dan gula secukup rasa .Kemudian kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Jangan kacau terlalu laju dan kuat nanti ikan pari boleh pecah . Biar kuah mendidih dan ikan pari masak boleh la dimatikan api dapur .








Nak tambah pendapatan tru Heartbeat?
Klik SINI utk maklumat lanjut..

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

9 Sila Komen Disini ♪♫♪:

NM02 said...

asam pedas cicah roti... syok woooo

salwana nordin @ che'wa said...

kuah pekat mmg sedap terangkat..nak2 ikan pari mmg best!!

Huda said...

dh lama x masak asam pedas..tggu abih pantang leh makan pedas2 :)

sue a.k.a umi akif said...

terliur lak puase2 ni tgk asam pedas pari...dh lame xmkn...huhuhu

~Siti Hajar~ said...

Fuh! my peberet tu asam pedas ikan pari..klu beli ikan pari mesti buat asam pedas ni, sampai hirup2 kuah yer..hehe

Hr ni sy mkn ikan pari bakar, sedap jgk..hehe

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

mlm semalam masak asam pedas kembung. mlm td nak hangat ingat nak makan lagi sekali lupe tutup api
abis angusss wuuuuuuuu

wawa_addien said...

da lame x msk asam pedas.
ermm terliur plak tgk..
esk nk wt gak laa ;)

mama_umar_maryam said...

zt jrg masak asam pedas,blh cube resepi ni ye
jemput join GA zety ye ;)
http://superzetymarlia.blogspot.com/

Softtouch [Hanim] said...

perghhhh sedap n mngancam...fav suami sy asam pedas nie leily..




Related Posts with Thumbnails