Thursday, July 21, 2011

Pengakhiran jln cerita ANNISA.. & Sinopsis


As salam.. =)


-Spontaneous Thursday!-



Sape yg follow cite Annisa kat TV3 ni angkat tangan??..
aisey.. takkan takde kot..;p
takpe la, pepun..
aku rase pasti ramai termasuk tuan empunya blog!

 tak sabar nk tunggu mlm ni, last episod kan?
apalah yg akan terjadi pd Anna mlm ni?..
sentap gler tgk muka Anna episod mlm td
bler dibgtaw ada waris len, bini no.2 Farid ..
kawan baik die sendiri.. Balkis..
huhuhuh, aku sendiri pn berpeluh seh tgk babak tu..

Apepun cite ni mmg best..
tapikan, Nauzubillah dpt kawan yg tikam kawan dr belakang mcm Balkis & Shila..
aku suke Sarah, cool n cun ape..
cop, cop.. berkenan sungguh aku ngan tudung Sarah tu..
pesen baru ke huh?
hehehe.. sempat lg.. ;p




p/s : 
malam ni kalo asben marah aku ngadap tv x mo masuk tido awal,
aku nk bagi die ayat ni..
"b, b rileks je ok..
b jgn stress!!!"..



Sinopsis Annisa

Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka mula timbul dalam hubungan persahabatan yg telah sekian lama dibina.
Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.
Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.
Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.
Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?





TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

16 Sila Komen Disini ♪♫♪:

Kancilbiru said...

yer KB pun nengok. jalan citer dia menarik...best jugak. tak sabar nk tgk ending

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan.. blog menarik ;)

efa fairuz said...

woohh sy pun tgk jgk citer ni.. suke sbb semua cantik2.. hehe..

x sbr nk tau ending die.. huhu

mama tisya said...

kena tgk episod last mlm ni

iduraz said...

kita follow..sian kan anna tuh, asik kena tipu..lagi sian ditipu oleh kwn baik..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

kadang2 layan gak citer ni..best jugakkan..kwn mkn kwn..yg sadis tu..kwn baik sendiri lg..haishhh..

Zue AnnaLeeya said...

tgk gitu2 jerk...
tp kene tgk ar final mlm nih... heheh...

d_tieah said...

Kite follow jugak kak.. Hehehe.. A'aeisod akhir malam ni.. Erm, dialog tu cam kenal je.. Farid cakap kat Balqis kan??? Hehehe..

Ummi Eisya&Amani said...

follow gak..haah tak sbar nak tgk mlm ni..sian syila sampai jadi giler..

Fieza79 said...

mmg follow dari ep 1 smpai skrg ni..kalau terlepas pun sgup review kat tonton.com..! suspen mlm ni..tapi semalam Ana dah tahu..huhuu...

Adyshariz said...

best gak citer ni..nk layan la mlm ni

shima said...

yey.kita tgk..mlm ni last kan.x sbr nk tgk ending

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

bakpela si farid tu mati pulok..nyoshkan sunggoh la..ahahaha sy pulok suka2 nok tukor jalan cite..ngeee

NM02 said...

ape kesudahannya ek?

wat n3 plisss

Softtouch [Hanim] said...

xtgk pun cite ni..hanya dgr kwn2 cerita jer..dgr dorang cerita pun dah x[yh tgk tv..sy akan tanya kalu sy xfaham....ehehehehe

aTy _faRed~ said...

tak pernah tengok pon tapi tetap rase macam tengok..sebab dak2 opis ni hari2 nak cerite...huhu




Related Posts with Thumbnails