Friday, September 9, 2011

Cukai perkhidmatan 6% tambah nilai, kad SIM


Salam Lebaran .. =)

Hold jap cite raya,
meh baca sini antara sari berita yg x ingin kita dengar..
huhuhuhu.. ;-(





KUALA LUMPUR 8 Sept. - Cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus akan dikenakan bagi pembelian tambah nilai prabayar serta pek atau kad SIM prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi, berkuat- kuasa 15 September ini. Dengan cukai tersebut, pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.

Dalam kenyataan bersama hari ini, syarikat-syarikat telekomunikasi berkata, para pelanggan prabayar akan dimaklumkan mengenai perkara itu mulai petang ini. Para pengguna juga boleh merujuk di laman sesawang telekomunikasi untuk maklumat lanjut atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan untuk sebarang pertanyaan. Cukai perkhidmatan itu adalah cukai perbelanjaan dan dikenakan kepada pengguna, seperti yang termaktub dalam Undang-undang Cukai Perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memperuntukkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar semasa untuk perkhidmatan telekomunikasi termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih. Cukai itu sama dengan levi cukai perkhidmatan bagi pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Sebelum ini, syarikat telekomunikasi telah menyerap cukai itu dalam perkhidmatan prabayar mudah alih sejak ia diperkenalkan pada 1998.

Langkah itu diambil untuk memastikan perkhidmatan prabayar kekal kompetitif berbanding pascabayar memandangkan kadar prabayar lebih tinggi untuk membuat panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sumber : Utusan Malaysia





korang pakai prepaid r postpaid???
aku pakai prepaid,
mmm, rasa terbeban la sket, huhuhu... ;-p

siap ada fb yg bantah isu ini lagi.. ;-p








TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

9 Sila Komen Disini ♪♫♪:

Yan said...

akak pakai post paid almost 10 years dah. nomor pun tak pernah berubah.. dulu yg ada pun itu je.

~aSHa~ said...

ai pun pakai prepaid ni...uhuhuhuhu alahai...mmg berita yg x ingin kita dgr la

Ema said...

pakai prepaid sebab nak bajet.. sekali kene tax plak

farah keifli said...

skrg ni pakai postpaid..tapi sbb selalu terover limit,nak tukar prepaid balik..tapi bila dpt tahu prepaid pun kena tax,baik guna postpaid je trus..guna prepaid sbb nak bajet..takde la nak bergayut smpai over limit kan..kalu prepaid,hbs kredit ko diam la sorang2 tanpa bergayut..hehe

p/s:hal kecik pun kena tax skrg ni..buka mulut sepatah,kuar duit..duit kuar mcm air paip..

Ann Ishak said...

nak guna telpon umah, makpak kunci...
nak guna public phone, wayar dah kena potong...
nak pakai line, takut bill melambung tinggi...
sekarang nak pakai prepaid, kena tax pulak...
sudahnya, APA PUN TAK BOLEH

Nur a.k.a admansyah said...

I use postpaid dr dulu lg... mmg tak reti biler mum suh 'top-up'! senang2 I bg duit jer... :P

Rilex.. bwk bertenang! campur tolak, murah dr postpaid kan???

::NureeN:: said...

dgr ramei dh merungut kan.. ;)

mama_umar_maryam said...

samelah..prepaid user gak nih ;(

ieda said...

akak pakai postpaid DIGI .. tapi rasanya postpaid punn akan naik kutt huhuhu




Related Posts with Thumbnails