Thursday, December 1, 2011

Borang Bantuan Tunai RM500


As salam..

Berita Baik utk semua,
tp saya..?,
kureng pasti!.. ;-p


Info Bantuan Tunai RM500

(i) Tarikh pendaftaran : 
10 Disember 2011 - 10 Januari 2012

(ii) kat mane nak dapatkan borang bantuan RM500 ni :
atau dptkan borang di
- Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri
- Pejabat Cawangan
- Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
serta agensi kerajaan

(iii) sertakan :
Salinan Kad Pengenalan sebelum 10 Jan. 2012

(iv) mereka yg layak :
keluarga yg berpendapatan isi rumah RM3,000.00 ke bawah


KUALA LUMPUR - Proses pendaftaran untuk permohonan insentif Bantuan Tunai RM500 akan dibuka selama sebulan mulai 10 Disember ini dengan urusan pembayaran dijangka dilakukan pada pertengahan bulan Januari 2012.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau agensi-agensi kerajaan yang terpilih.
Menurut Ahmad Husni, bantuan itu dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah negara ini.
"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sumber : Kosmo

Updated!


selain tu, bantuan tunai RM500 juga dikenali sebagai:-
Bantuan Rakyat 1 Malaysia

talian bebas tol RM500 ni:
1 800 22 500


Bantuan RM500 : Kementerian Kewangan sedia talian Hotline

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia, sebanyak RM500.
Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata, talian bebas tol 1-800-22-500 itu akan mula beroperasi esok atau orang ramai boleh emel kepada belanjawan2012@tresury.gov.my.
Waktu operasi talian hotline ini bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang, sepanjang hari bekerja.
Belanjawan 2012 yang dibentangkan baru-baru ini memperuntukkan bantuan RM500 akan diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah mulai Januari 2012. – Bernama

sumber: Utusan Malaysia




by: Leily


TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

7 Sila Komen Disini ♪♫♪:

MRS. K said...

a'a... memang utk keluarga yg berpendapatan isi rumah RM3,000.00 ke bawah

makdara TERdiva said...

harus serbu kaunter pagi2 :D

Yan said...

alhamdullilah...

ratusiput said...

aritu budak skolah dpt rm100 ni isi rumah lak...bagusnya kalau dpt every year kan...

ajumohit said...

dptla membantu mereka yg benar2 memerlukan, harga brg pon dh naik skrg...nice blog!!! sweet jek

e!ya said...

alhamdulilah rezeki utk dorg..amin

Softtouch [Hanim] said...

Alhamdulillah utk mereka yg isi rumah bwh 3K....




Related Posts with Thumbnails