Monday, December 12, 2011

Keberangkatan Pulang DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin


As Salam..




Ampun Tuanku!

patik & seluruh rakyat jelata Negeri Terengganu ini
dgn sebesar² hatinya menyambut
keberangkatan pulang Tuanku ke jajahan Tuanku semula..
semoga kepulangan Tuanku memberi nafas baru 
di bumi Terengganu ini khususnya..

&

Selama mana Tuanku menjadi Yang Di Pertuan Agung,
patik sgt merasa bangga dgn kebijaksaan Tuanku mentadbir negara
dgn penuh aman damai..

Daulat Tuanku!

psstt... sgt admire Tuanku Nur Zahirah.. =)


Info!

selepas ni,
Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
yg akan menaiki takhta menggantikan 
Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Selepas kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994),
aturan menurut Pemerintah negeri adalah menurut kitaran yang telah digunakan sebelum itu,
iaitu:
  1. Negeri Sembilan
  2. Selangor
  3. Perlis
  4. Terengganu
  5. Kedah
  6. Kelantan
  7. Pahang
  8. Johor
  9. Perak

    KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
    Sultan Abdul Halim Sultan Kedah

    Sultan Abdul Halim akan turut mencatat sejarah baru iaitu menjadi di-Pertuan Agong buat kali yang kedua dalam sejarah pemerintahan baginda. Kali pertama baginda menaiki takhta ialah pada tahun 1970 sehingga ke tahun 1975 iaitu sebagai Yang di-Pertuan Agong yang kelima.

    Belum pernah dalam sejarah pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957, mana-mana Raja atau Sultan menaiki singgahsana takhta negara untuk kali yang kedua.

    Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah. Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.

    Sementara itu, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri. Sultan Muhammad V, 42, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010. Canselor Universiti Malaysia Kelantan itu diputerakan di Kota Baharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969.

    Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong dari yang pertama sehinggalah yang ke-13 :

    (1). Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.

    (2) Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.

    (3). Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000.

    (4). Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979.

    (5). Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975.

    (6). Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979.

    (7). Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984.

    (8). Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010.

    (9). Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994.

    (10.) Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009.

    (11). Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001.

    (12). Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006.

    (13). Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-2011.

    sumber : mStar Online


    sumber: Wikipedia




    by: Leily


    TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

    14 Sila Komen Disini ♪♫♪:

    Yan said...

    ampun tuanku...

    suka tgk tuanku zahirah tu.. bergaya.

    lieyalatif said...

    lieya pun suke tuanku zahirah....permaisuri agong yg pertama pakai tdg litup mcm tu...cantik dan ayu.....

    LiLy @ MumMyQiStInA said...

    siaran langsung sekarang kat TV..
    Tuanku Zahirah memang cantik..suka tgk..^^

    Dilla Ady said...

    tuanku zahirah mmg cantik! suke tgk die..nmpk lembut, ayu, sopan jek..nape ye permaisuri ni tak digelar first lady malaysia? rase cam die sesuai sgt..dgn ayunye, keperibadiannye..

    E-Marlin said...

    pergh... dasat info awak ni....
    saya sempat tgk diorang naik kapal terbang td...
    sedih plak, tp merasala jumpa diorang masa kat kenduri kawen adik aritu, tp yg best adik saya dgn mak bapa saya la dpt bergambar dan bersalam dgn Agong & permaisuri Agong.

    Prettywrite said...

    daulat tuanku...

    Izan Ishak said...

    Tuanku Nur Zahirah sgt2 cantik...suka tgk!

    Syahada Ahmad said...

    Bukan di sebut Keberangkatan Balik ke kak leily?

    @lfidah @dim said...

    saya pun suka tgk tuanku nur zahirah..cantik,lembut,ayu jea tengoknya.

    Tihara said...

    saya pun suka tuanku zahirah, dia pakai tudung :)

    aimaniman said...

    salam kenal da dofollow sini

    yupp tuanku Nor Zahirah lain dr yg lain, baru mencerminkan 1st lady Mesia negara Islam,.. lpas ni 1st ledi mesia org pakistan?? permaisuri agong aka permaisuri kedah kan orang pakistan

    ...sWeeT uMi... said...

    suke tgk tuanku ni..cantek je bertudung litup ekekekeek (^_^)

    ieda said...

    akak pun admire tuanku mizan nie .. specially tuanku permaisuri dia :)

    || NaFiRaa || said...

    Daulat Tuanku~

    sultan terengganu yang hensom~ kikikiki




    Related Posts with Thumbnails