Sunday, December 4, 2011

Kelebihan Puasa di 9 & 10 Muharam


As Salam..

jom sama² kite pose esok ari + lusa,
moga sama² dpt keberkatan.. =)


~~~~~~~~~~~~



1 Muharam 
- Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam 
- Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. 


Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: 
"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)

Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): 
“Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa.
Lalu mereka berkata: 
Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. 
Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi:
"Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)
Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): 
"Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Peristiwa penting 10 Muharam :-
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. 
Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 

 2. Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. 
Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. 
Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. 
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. 
Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. 
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. 
Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. 
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. 
Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. 
Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." 
Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer"
Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. 
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. 
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Sumber :



by: Leily


TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

18 Sila Komen Disini ♪♫♪:

S.U.R.I.A.T.I said...

oh..thanks leily sbb berkongsi info yg cukup bagus ni... :D

MAMASUE said...

alamak!dah tak sempat dah

LYAfrina said...

pkongsian ilmu y sgt bharga..
blh skali dgn pose ganti kan.

mama rifQy said...

wah..Tq dear 4 sharing! sangat berguna

e!ya said...

info yng berguna tenkiuu

Dilla Ady said...

thanks dear sudi kongsi ilmu yg baik nih...tpi dilla tak pose ari ni...bendera berkibaran di angkasaaaa...hihihihi

e.l.i.z.@ said...

allahuakbar....lupaaaaaaaa..
takpe ke nk pose esok je?

Bitt (double IS) said...

good info...tq

|| NaFiRaa || said...

ilmu yang sangat baik..mekasih yer.. x sempat dah nak puasa hari nih..huhuhu

Zana Nordin said...

thanks for sharing..
terlupa yg hari nie dah 9 muharram
tp sempat lagi nie if nak berpuasa utk esok hari
insya allah

CuTeMiUt78 said...

thanks sebab kongsi, terlupa hari ni dah 9 muharam.. insyallah esok sempt tuk berpuasa 10 muharam

ikatankasihku said...

thanks 4 sharing...

munna said...

tq sebab kongsi kan info yg berguna ni...

ieda said...

TQ dik sharing ..
x sempat dahh rasanya huhuh

Yan said...

sedih tak leh pose..hu..hu.

LiLy @ MumMyQiStInA said...

lily tak leh puasa..mslh perempuan..^^

E-Marlin said...

thanks for sharing :)

mekchu said...

kalau kita saling ingat mengingati pasal perkara ini pun dah dapat pahala kan..




Related Posts with Thumbnails