Friday, December 2, 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam - SBPA 2012 & Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011


As salam..

Mlm td gigih duk mencari maklumat SBPA 2012 yg diwar²kan
katanye akan diberitahu secara terperinci dlm
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 
yg akn dikeluarkan bulan disember ni.. =)

jenuh duk cari tangga gaji baru ni..
malangnye banyak link yg aku klik x dipaparkan lg..
maybe dlm proses lg kot.. ;-p
  
apepun, mengikut sumber Beritasemasa.com ini
saya kira dpt membantu kite eh saya yg x sabar² menunggu
pekeliling ini release sepenuhnya.. =)




antara maklumat awal SBPA 2012 ni :-


1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru : “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.
Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.


2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru : Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :
  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana
    Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.
    Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

    3) Skim Gaji Baru SBPA 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

    Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :
    • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
    • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
    • Markah 75 % – tiada kenaikan
    • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

    4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

    Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :
    • Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
    • Premier – RM40,000
    • Jusa C – RM12,000
    • Pengurusan & Profesional – RM6,000
    • Pelaksana – RM3,000





    by: Leily


    TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

    11 Sila Komen Disini ♪♫♪:

    Aleeya (Yaya) said...

    hehe tk phm la yang..rase nak bersara je..nk rest tp utang kete tak abes lagi camno tu eyh ahhahaha..anywy thanx for sharing =)

    lieyalatif said...

    erm info yg menarik ni leily..thanks dear..senang nak rujuk.....

    tu le, menarik tapi sampai 60 tahun tu rase berat hati tu.....tak sain rugi....kalo sain sampai 60laa dok kene pi opis huhuhu......

    ~izan~ said...

    izan tumpang baca aje hehe.

    munna said...

    SAMALAH IZAN...YG TAK KERJA GOMEN NI..TUMPANG GEMBIRA

    || NaFiRaa || said...

    nih untuk pekerja gomen lah nih.. heheehhe

    nieda said...

    kakitangan kerajaan mmg akan tertunggu2 pekeliling ji

    azura samsuddin said...

    menakutkan pun ye jugak lebih2 lg 'Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti.' :(

    kalo dulu kerajaan x kisah skrg kerajaan dah kisah.

    syawalsimpsons said...

    kakak....sue baru je balik dari taklimat SBPA...kikikikiki...semua sudah ada dlm kepala otak ni...kikiki...yang penting pekeliling kuar isnin ni...5hb tau...jangan lupa....yang lain2 tu jgn dok caya sangat....benda ni masih dlm rahsia gitu....

    juliaakmal said...

    ohhhhhh...rasa mcm nak menyeksa kakitangan awam jer nie......

    Softtouch [Hanim] said...

    sy pun tumabg bc jer...sy bkn org gomen...x fahammm

    MamaYatie said...

    mcm tu rupanya..
    tak brapa nak tahu sbb kita bukan org gomen




    Related Posts with Thumbnails