Saturday, July 30, 2011

Aleesya Farhana Meninggal Dunia, Al-Fatihah


As Salam.. 


Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, yang telah ditolak untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 25 Julai lepas telah meninggal dunia pukul 5 pagi tadi selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebuah hospital malam tadi kerana serangan jantung dan tekanan darah rendah. Al-Fatihah.








TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Thursday, July 28, 2011

Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri Terengganu 2011


STICKY POST



As Salam.. =)


Meh sini nk war²kan..

jemput semua utk memeriahkan..

Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri Terengganu 
 pada 23-28 Julai 2011 
bertempat di perkarangan 
Stadium tertutup, Gong Badak, Kuala Terengganu.


jupe mu dinung!!!!!





TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Wednesday, July 27, 2011

pakar IT.. help me, pliss!!!


As Salam.. =)


nk cite mcmane yer,
bkn masalah dunia mahupun peribodi..
jugak bkn masalah nk pinjam $$ ni.. ;-p
tp masalah problem berkaitan ngan diari blogku ini lah..
ai dpt tahu yg blog ni takleh nk ditembusi oleh jutaan pengunjung di luar sana kan?
apa masalahnye & kat mane yg sakit tu, aku tak pasti..
ada kate, kluo warning & shutdown terus..
ada kata, kena 2,3 x terjah baru leh lulus..
oh, ritu Sis. Eliza pun de gitaw takleh nak komen,

haisssshh!!!
tp kalo dh gitu jdnyer..
aku tak rase hati kalo kome x drop down a comment pun..
cari nahas le jawabnyer kalo 2,3 sebentar nak restart pc/ lappy..
mak x rase ati dek noon, mak paham.. ;-P
dlm tekak aje paham tu
*sobsobsob* - sedis jugak.. ;-p

eh, siyes..
aku tak tahu menahu la psl ni.. ;p
yg aku tahu, post entry aje.. heheh
untung ada kawan blog gini taw,
caring each others kan.. =)
shuke, shuke, shuke..

apepun  sangat² time kaseh yg x terhingga wat Lya yg alert kite ngan hal ni ..
Chatting ngan Lya jap tadi.. 
oso 2 Dilla yg siap wat entry psl kemengongan blogku itew.. ;p 
kalo x kerana kamu,
sampai cheroooss la aku tataw.. ;p

prends of mine sekalian alam!!!
i need ur help pliss..
aku takla celik IT sgt.. hwaaaa!!!



 

korang ada masalah tak ngan blog ni?
gitaw la yep.. =)







TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Wordless Wednesday #0307


As salam.. =)


like 'tuan kucing' , like 'kucing'!!!.. ;-p







note:
pet baru Alya, adiah besday die thn ni..







TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Tuesday, July 26, 2011

Doa suami- isteri

As Salam.. =)

pagi² ni ghajin plak mood aku nk menaip.. ;-p
whuteva, kije aku pn byk dh settle kecuali berkaitan pelupusan..
so, leh la bersenang- lenang sebentar kat blog!!..

Ok, arini nk share ilmu sket ngan korang semua..
mungkin ramai yg dh tahu, tp aku br tahu.. :-P
semalam kat opis ada ceramah agama sket sempena
persiapan menyambut kehadiran bulan Ramadhan yg berkat minggu depan..
bkn raya saje yg mau persiapan, puasa pn perlu ada persiapan maa.. 

memetik salah satu intipati ceramah Ustaz Syed Abd. Rahman,
yg sgt menyentuh naluri ke-isterian ku...

seseorang ISTERI WAJIB berdoa utk suaminya,

tetapi SUAMI SUNAT berdoa utk isterinya..

so, renung²kan..
& selamat beramal...



jom pakat² kite amal.. =)


-memori daun pisang!!!-





TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Friday, July 22, 2011

Apam Polka Dot yg terkena sumpahan..


As Salam..

hahahah, 
tajuk yg tak bleh bla.. ;p
 blogger len dh ramai yg try wat Apam Polka Dot ni..
aku pun teringin gak..
dh lama bebeno kopipes resepi tp x berkesempatan nk wat lg..

so aritu,
aku mengigihkan diri tuk cuba try test seniri..
tp aku rase x comey la plok hasilnya compare ngan org len buat,
maklumla.. tadok seni kulinari.. ;p
sbb itulah aku namakan Apam Polka Dot yg terkena sumpahan..
buruk beno rupenyer.. huhuhu
tp yg basic pn terketor² pk piping,
apekes nk try yg pyh lg.. hwaa.. 
kena repeat lg ni!!!

tapi, rasa die bulih tahan sedap kot.. ;p
psl ape aku berani bg kenyataan gitu,
Alya dkt2 10 utir gop abes lepas masak tu..
kira jadi ah tu op?..
heheheh....



Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara 

  1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak


kena buka api yg kecil ye puan- puan, baru teksturnya chanteekk ghitu..
sbb itu yg maknyer kureng elok, ai lupa daaa apinyer mayb agak besoo.. ;p







TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Thursday, July 21, 2011

Pengakhiran jln cerita ANNISA.. & Sinopsis


As salam.. =)


-Spontaneous Thursday!-



Sape yg follow cite Annisa kat TV3 ni angkat tangan??..
aisey.. takkan takde kot..;p
takpe la, pepun..
aku rase pasti ramai termasuk tuan empunya blog!

 tak sabar nk tunggu mlm ni, last episod kan?
apalah yg akan terjadi pd Anna mlm ni?..
sentap gler tgk muka Anna episod mlm td
bler dibgtaw ada waris len, bini no.2 Farid ..
kawan baik die sendiri.. Balkis..
huhuhuh, aku sendiri pn berpeluh seh tgk babak tu..

Apepun cite ni mmg best..
tapikan, Nauzubillah dpt kawan yg tikam kawan dr belakang mcm Balkis & Shila..
aku suke Sarah, cool n cun ape..
cop, cop.. berkenan sungguh aku ngan tudung Sarah tu..
pesen baru ke huh?
hehehe.. sempat lg.. ;p




p/s : 
malam ni kalo asben marah aku ngadap tv x mo masuk tido awal,
aku nk bagi die ayat ni..
"b, b rileks je ok..
b jgn stress!!!"..



Sinopsis Annisa

Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka mula timbul dalam hubungan persahabatan yg telah sekian lama dibina.
Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.
Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.
Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.
Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?





TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #0207


As Salam.. =)

Yippie..
harini kitorang warga Ganu cuti sempena
Hari Keputeraan kebawah DYMM Sultan Terengganu










TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Tuesday, July 19, 2011

VCO: Saya juga menyahut cabaran!!!!


As Salam.. =)

Teruja membaca keberkesanan pengamal produk ini,
maka saya tanpa segan silu pn tryla sekali.. ;p
manala taw dpt kulit segebu CPM Honey..
hikhikhik.. =)



baru amek produk ni tak sampai sebulan..
Alhamdulillah, so far so good.. heheheh
Nnti saya apdet apa perubahan setelah guna produk ni okes.. !!!
 Harap2 perubahan yg memberangsangkanlah yer.. =))





 
Nak tambah pendapatan tru Heartbeat?
Klik SINI utk maklumat lanjut..

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Monday, July 18, 2011

Lepas di Goda di Panah Petir...?


As Salam... ;-)

Ntahahape tajuk aku kali ni.. ;p
tapi itulah tajuk video sengal yg sorang member post kat fb..
tajuk yg sengal, aku pun klik la..
manala taw, lepas kena ngorat..
kena panah petir kan?

sekali video sengal beb,
mmg sengal tahap cipan la..
siap ngan translate lg lirik nye..
sakit perut tgk klip video hindustani ni..

pd yg sdg bermuram durja,
aku suggest korang tgkla video ni.. ;p




yg ni pun tak kurang sengalnya..









TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Saturday, July 16, 2011

Salam Nisfu Syaában 1432H


As Salam...

Hari Nisfu Sya'aban 2011
hari Sabtu malam Ahad ( sebaik saja masuk maghrib), 
16.7.2011 (selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1432H)


  Nisfu Syaaban
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
 
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
 
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya,
 
"Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
 
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
 

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah 
dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
  Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit 

dan diganti dengan buku catatan yang baru.
  Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, 

(15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)


Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
 

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 16.7.2011)
 
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
 
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya 

(15 Sya'aban, malam = 16.7.2011) 

i) Selepas Yasin pertama : 
mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : 

mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : 

mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
 
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
 
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
 

3. Baca surah ikhlas 1000x
 

4. Berpuasa pada siangnya
 


Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.


Antaranya yg termasyhur adalah:
  
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:
 
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
 
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
   
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
 
 
Wallahua'alam
 
JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI   KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK TAHUN HADAPAN...INSYALLAH
 
WASSALAM



Sumber: Emel




TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Tuesday, July 12, 2011

Al-Fatihah utk Arwah Rani bin Endut

As Salam..



Tarikh 10 Julai baru ni,
slh srg bapa saudarakuyg paling rapat tlh menghadap Ilahi..
tak tahu aku nk start cite dr mana,
yg pasti rasa cam bermimpi plak..
tak sangka sbb arwah elok aje ptg kejadian,
means takde la sakit teruk sebelum tu..

sejujurnya, aku sgt terasa kehilangan beliau & sedih sgt!
aku mmg boleh dikatakan agak manja dgn arwah sejak kecik lagi..

 Walaubagaimanapun, aku redha dgn pemergian arwah yg sgt baik
serta humble itu..
doaku moga arwah tenang di sisi-Nya..
Amin!!!


Kronologi Kejadian

Jumaat| 8 Julai 2011
ptg, mak & adik nk gi umah arwah..
sesaja nk pi berjalan n makan² tp ptg tu aku letih sgt psl br aje sapa dr kmn , drive seniri...
suh depa pi dlu, hjt nk gi pas mandi.. skali terlelap plak..
sedo² dh kul 6.30pm..

pas magrib mak blk oret je, takde ape2.. ok fine!!
dlm kul 2.15am, tepon umah bunyi..
bgtaw makcik kol yg Cik Ain- panggilan tuk bapa sedara tu x sedarkn diri..
arwah kejutkan Makcik ckp cam nak pitam aje..
time tu arwah dh x bermaya, basah tilam arwah kencing maybe tahan sakit..
Ajar mengucap, muntah & terus tak sedarkan diri..

basuh muka, salin baju... 
berdesupp ke HSNZ, emergency case..
Makcik & anak²nya dh ada,
arwah masih dlm bilik emergency, masuk wayar bagai²..
Dr. kluo, mintak sign Makcik tuk pelepasan CT Scan..
nk check either ada darah beku or else..
dlm 1hr ++, Dr. klua bgtaw result mmg ada darah kat kepala..
nx procedure, tunggu pakar bius ckp apa dlu..

Makcik dh nk pitam, asik nangis aje..
tembok airmata ku pula tak kukuh sgt,
manyak kali pecah bile tgk arwah yg terbujur kaku itu
rasanya masa azan subuh tu, dlm kul 5.30am..
Makcik bgtaw aku...
"Naaa..., Cik Ain dh takde harapan doh"  (Na, panggilan manja kuarga utk aku.. ;p)
masa tu hanya Allah aje yg tahu perasaan aku..
terawang-awangan, jln pun rasa x jejak bumi.. 

Dr. suh bw blk je tp Makcik aku ckp kalo bw blk takleh wat ape gak,
atleast kat sini leh gak Dr. tgk ape yg patut,
manala taw ada keajaiban berlaku.. * Wish*
accepted, masuk wad..
dlm kul 7.30am++, aku blk jap mandi² plus pening dh kapla x ckp tido..

eh dah sabtu pun time ni.. ;p

Sabtu| 9 Julai 2011
kul 11am, bergegas ke HSNZ lg psl sume adik badik, sedara mara dh kumpul sana..
Arwah mmg sejak dr kena tak sedarkan diri,
bergantung pd tabung oksigen aje.. mata pn dh kena plaster..
Bacaan Yasiin tak putus², sedekah dari adik badik, sanak sedara..
berkampung kat sana seharian, mlm br blk umah..
arwah pn takde tindakbalas positif.. *hampa!!!*

takleh tido, teringat arwah..
aku dh start demam.. ;-/

Ahad| 10 Julai 2011 
masuk opis gak sbb dh janji ngan 2nd bos mau lunaskan pembayaran LO pembekal..
kautim baik punyer, mintak excuse bertugas di area K. Trg,
senang nk pi incase emergency kol..
kul 11am, tepon mak yg sdg siap² nk ke HSNZ..
pas siap² kije dlm kul 1pm igt nk pi sana gak..

 dlm kul 12.40 ghitu,
adik kol.. suare sekat² bgtaw yg Cik Ain dah takde..
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
sesungguhnya dari Allah kita berasal dan kepadaNyalah kita akan dikembalikan.

Selepas disembahyangkan di rumah arwah,
arwah selamat disemadikan berdekatan kubur arwah mak, mak sedara, kaum kuarga  ± jam 6pm..
Terima kasih pd semua yg terlibat!!!

 Ini adalah ahli keluarga yg ke-2, 
adikberadik mak saya yg kembali rahmatullah krn serangan darah tinggi..
Ya Allah, aku bermohon pada-MU...
janganlah kau uji lagi kami dengan dugaan yg berat ini..

Arwah seorg kakitangan AgroBank K.Trg
pernah berkidmat di  :-
Bank Pertanian Sabah ±yr 1988
Bank Pertanian Kemaman ±yr 1999
Bank Pertanian Temerloh ±yr 2001
Bank Pertanian Kuantan ±yr 2004
Bank Pertanian Kedah ±yr 2008
Bank Pertanian Kota Bharu ±yr 2009

Pada mereka yg mengenali arwah, saya bg pihak keluarga arwah mohon halalkan segala kesalahan beliau..







TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Thursday, July 7, 2011

Tasik Kenyir, Terengganu

As Salam.. =)

Lepas isi tangki perot ngan ikan sungai aritu,
kitorang tak terus balik tp melencong ke Tasik Kenyir
yg blh dikatakan dh dekat ngan pitstop ikan sungai tu..
alang- alang kan, lgpun hari masih muda tatkala itu.. hihihi

Buat julung kalinya dlm hidup aku,
anak jati teghanu yg dh berumo 31 thn,
nila kali pertama aku jejak kaki ke Tasik Kenyir!
& malu utk dibagitau, tp nk bagitau jugak.. ;p
rupanya ada 2 pintu masuk Tasik Kenyir, 
iaitu di bhgn empangan sepertimana yg aku pernah sapai,
lawatan skoloh rendah thn 1992..
1 lg bhgn peranginan yg ada resort² bagai ni, Pengkalan Gawi nama die..
oh, sungguh terasa kejakunan aku kali ni.. ;p
 
sila abaikan sign peace aku yg asik failed!!..;p
aku drive, yg dirai just hanging beside.. ;p
 Jln nk masuk ke Tasik Kenyir ni sdg dinaiktaraf,
dgr² cite nk jdkan Kenyir ni cam one stop centre duty free pata timo..
Jln die tu shortcut ke Perak, 
masuk ikt Felda Aring mcm kami pernah lalu time blk dr
Cameron Highlands & singgah tgk gajah ritu...


antara picca yg aku sempat snap kat Tasik Kenyir..


cam kat Bukit Tinggi lak sero.. ;p
houseboat, asben sebey tuk trip mancing dorang
rege die RM1200/day.. 
max. 15 org leh muat tuk satu² houseboat..
 tu dia...
mereka dh pulang bawak ikan.. =)
 anak manja abah.. ;-P
beso bejalo pun dukung lg!!
mahu menempel gak aku kat n3 ni,
asik² org len yg enterframe.. ;p
see anak mak itew, dh start peel la tu.. 
x mo berjln dh, mau berdukung plak..
eh, cam kontot je aku dlm gambar tu kan.. mmg sedia kontot pn.. ;p



last but not least..

keletihan sudah!!!.. ;-/






Sekejap je duk situ,
amek² gambo, cuci² mata skt & tawaf keliling 2, 3 round..
trus bla..
asben ada agenda tersirat plak..

apa die???
tunggguuu!!!!








TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D




Related Posts with Thumbnails