Thursday, January 5, 2012

Al-Fatihah, Bapa & Anak mati Lemas di Pantai Sepat, Kuantan


As Salam..

Arini br sy start masuk kerja di thn baru 2012,
dikejutkn dgn berita sedih menimpa menantu salah sorang
pegawai di jabatan saya, Encik Zakari yg kehilangan menantu beliau Ahad lalu..



  Isnin Januari 2, 2012  

Bapa, Anak Lelaki Mati Lemas Di Pantai Sepat 


KUANTAN: Seorang lelaki mati lemas manakala anak lelakinya yang cuba menyelamatkannya hilang dihanyutkan ombak kuat di Pantai Sepat di sini, Ahad.
Kejadian berlaku kira-kira 2 petang tadi ketika Zubir Othman, 57, dan seorang daripada anaknya bermain bola di pantai itu.
Zubir ditemui mati lemas di tempat kejadian manakala anaknya Ahmad Zuhaimi, 32, seorang juruteknik komputer di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pekan dihanyutkan ombak ketika cuba menyelamatkan bapanya itu.
Adik ipar Ahmad Zuhaimi, Norazimah Zakaria, 24, berkata ketika kejadian bapa mentuanya dan suaminya Ahmad Zuhaidi sedang bermain bola di pantai berkenaan.
"Bola itu kemudiannya dihanyutkan ombak ke tengah laut dan apabila ayah mentua saya mahu mengambilnya, dia didapati lemas, suami saya cuba untuk menyelamatkannya tetapi gagal akibat ombak kuat.
"Abang ipar saya, Ahmad Zuhaimi bergegas untuk membantu. Suami saya berjaya berenang menyelamatkan dirinya. Bagaimanapun, ayah mentua dan abang ipar saya hilang," katanya kepada pemberita.
Pegawai Operasi Balai Bomba Kuantan Mat Yusoff Hamat berkata pihaknya menerima pangilan kira-kira 2.40 petang berhubung kejadian berkenaan.
"Mangsa (Zubir) berjaya ditemui oleh orang awam, namun telah meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang lagi mangsa (Ahmad Zuhaimi) masih belum ditemui setakat ini," katanya.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan 16 anggota bomba termasuk empat orang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menggunakan sebuah bot dan dua jet ski dihentikan 7 malam ini dan akan disambung esok. BERNAMA



: Saya dgn Encik Zakari (Baju Biru) :


Alfatihah & Salam Takziah utk ahli keluarga mangsa..
Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman, Amin!!!












by: Leily

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

12 Sila Komen Disini ♪♫♪:

Nana said...

salam takziah

noor said...

takziah untuk mereka...klau blk kg selalu jgk ke pantai sepat nih...pantai ni xsesuai la rasanya utk mandi..

|| NaFiRaa || said...

salam takziah jugak buat mereka..

munna said...

ADA BACA BERITA NI DLM METRO..SALAM TAKZIAH BUAT AHLI KELUARGA ARWAH..DAN AL-FATIHAH BUAT KEDUA-DUA MANGSA

Zue AnnaLeeya said...

musim gini ombak tak menentu kan???
tiba2 jer ombak besar....

salam takziah buat kluarga mangsa...

LYAfrina said...

alfatihah...

MamaYatie said...

salam takziah...
alek nun dok leh main pata musim2 gini dop..

Ena said...

salam..

Alfatihah & takziah buat arwah..

Dilla Ady said...

al-fatihah tuk mangsa n salam takziah tuk kuarga mangsa ye...

Izan Ishak said...

al-Fatihah... salam takziah buat keluarga mangsa..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Salam Takziah buat kluarga mangsa..Al-Fatihah..

MrS. F!zA said...

takziah bt keluarga arwah..




Related Posts with Thumbnails