Sunday, January 29, 2012

Bekal Sarapan Alya


As salam...

Semenjak Alya jejakkan kaki ke skolah,
mommie ari² duk pikir menu yg seswai bekalnye esok ari..
ape taknyer, pesday balik skolah dh pandai komplen..
katanye mkn x besh..

iyelah, anak aku tu bknnyer jenis bdk yg suke sarapan pg..
mknn + minuman pn susu DL 456 madu dielah...
kalo lapar sgt, mintak roti sapu kaya..
bab mkn ber-ontime ni lgla...

mommie ni kl nk wat sarapan heavy² cam nasi r mee goreng,
rase cam malas  x berbaloi plak,  
mkn pun2,3 suap aje..
tp.. nuggets, donat, sosej tu blh kira byk gakla die maman..

tp, kalo asik benda yg sama jemu plak nnti..
+ bimbang de side-effect mknn segera ni..
jd mommie pun watla bekal Popia Crabstick,
mg febret die pun!



Inila bekal yg slalu mommie bg die bawak kat skul,
mkn ramai² ngan kawan..
Alya gitau  kwn² die ckp besttt bekal die,
mane taknyer.. siap nganstrawberry tu..
kebetulan ada lg stok.. =)


anak² korang bawak bekal ape yer??
share²la, bulih mommie try gak!



ni ada satu artikel yg saya baca ;-
"Tak Sarapan, Minda Tumpul"







Makan pagi berkhasiat asas kekal tenaga, kecergasan kanak-kanak
 
SENARIO 1 :

“MIMI tidak suka sarapan pagi. Kalau makan pagi dia mesti sakit perut. Selalunya lepas bangun tidur, dia akan terus ke sekolah. Lagipun tak sempat. Kami keluar rumah jam 6.45 pagi. Dia suka sambung tidur dalam kereta daripada makan,” kata Halimah ketika diaju soalan kenapa tidak menyediakan sarapan pagi untuk anaknya sebelum melangkah ke sekolah.
Sarapan pagi tidak saja mustahak, sebaliknya pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.
 




SENARIO 2 : 
 

“MUHAMAD pula suka makan nasi dan ketulan nugget ayam. Setiap pagi saya akan sediakan nasi lemak atau nugget. Yang lain dia tidak selera. Lagipun dia bukan dalam kategori lebih berat badan. Dia kurus saja jadi saya kira tidak salah bagi makanan itu. Biar dia gemuk sikit,” kata Zaharah mengenai tabiat makan anaknya yang baru masuk Tahun Satu.
 
SENARIO ini mungkin biasa kita dengar. Sama ada tahu atau tidak ambil kisah, segelintir ibu bapa masih tidak memberi perhatian serius terhadap kepentingan sarapan pagi untuk memastikan anaknya dapat menumpukan sepenuh perhatian pengajaran di dalam kelas. 
Mimi mungkin berhadapan dengan kelaparan yang amat sangat, pada jam 9 pagi lantaran tidak makan apa-apa, sejak masuk tidur jam 10 malam dan bangun 6.30 pagi.
Bagi Muhammad pula untuk beberapa jam awal persekolahan dia mungkin bertenaga, tetapi apabila guru mulai mengajar dan murid lain menumpukan perhatian pada papan hitam, fikirannya mulai mengelamun kerana mengantuk.

Sarapan pagi tidak saja mustahak, sebaliknya pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.

Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian, tidak bermaya dan mengantuk di awal pagi persekolahan.

Pensyarah Kanan, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia, Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, berkata sarapan pagi amat penting bagi memulakan hari individu dengan lebih bertenaga selepas lebih lapan jam tidur, terutama otak.

Bagi kanak-kanak sekolah rendah berusia enam hingga 12 tahun, Dr Barakatun menjelaskan, makanan yang rendah kandungan lemak, sederhana protein dan karbohidrat serta tinggi kandungan serta vitamin dan mineral adalah yang terbaik untuk kanak-kanak sekolah rendah.

“Antara makanan yang paling mudah adalah bijirin sarapan. Apabila dicampur dengan susu. Mereka turut mendapat pelbagai khasiat seperti protein dan kalsium yang amat penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.

“Selain itu, roti bakar dan susu, roti dan keju ataupun nasi goreng atau mi goreng yang digoreng kurang minyak dan ditambah pelbagai jenis sayur-sayuran boleh dijadikan hidangan sarapan. Kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik. Cuba kurangkan makanan diproses kerana ia tinggi lemak dan garam. Paling penting pelbagaikan hidangan supaya tidak cepat bosan,” katanya mengulas mengenai kepentingan sarapan pagi untuk anak-anak kecil yang mungkin belum arif mengenai kebaikannya.

Dari segi saintifik, kanak-kanak perempuan (sekolah rendah) perlukan 1,200-1,600 kalsium/harian (kcal/hari) manakala kanak-kanak lelaki memerlukan 1300-1800 kcal/hari. Kebiasaannya, mereka perlu makan 4-6 kali sehari. Makan dengan kerap tetapi pastikan saiz hidangan kecil adalah lebih baik berbanding makan banyak pada satu-satu masa.

Disebabkan kanak-kanak lama di sekolah dan perlu tumpu kepada pelajaran, Dr Barakatun berkata, makanan yang tinggi lemak dan gula jika diambil dalam jumlah yang berlebihan akan menyebabkan mengantuk.

Katanya, ibu bapa tidak perlu terlalu risau memikirkan sajian pilihan kerana rata-rata kanak-kanak dewasa ini memasuki tadika dan pastinya makan di awal pagi bukan lagi satu yang asing.

“Segelas susu di campur coklat ataupun koko sebenarnya sudah memadai. Jika ingin membeli minuman dalam kotak, pastikan ia berasaskan susu kerana minuman berasaskan susu adalah makanan lengkap memadai untuk keperluan di pagi hari. Jangan lupa melihat tarikh luput untuk setiap makanan komersil,” katanya.

Dr Barakatun tidak menafikan ada kanak-kanak yang enggan makan pagi seperti peribahasa ‘alah bisa tegal biasa’, namun sebagai ibu bapa kena bijak menanganinya secara perlahan-lahan.

“Pastikan pelbagai makanan dapat dihidangkan setiap hari. Mulakan dengan makanan kesukaan mereka dan kemudian apabila mereka sudah biasa mengambil sarapan pagi dan merasai nikmatnya kepada tubuh mereka, kenalkan kepada makanan yang lebih berkhasiat. Ibu bapa bukan saja perlu kreatif, tetapi pastikan waktu makan semua ada di meja. Kalau si ibu suruh anak makan, ibu kenalah juga makan, bukannya hanya memerhati dan mengarah “makan cepat” dari dalam bilik,” katanya.

Tidak sempat menyediakan sarapan, bukan alasan tidak menyediakannya makanan untuk anak kerana segelas susu atau sekotak susu sudah memadai untuk sarapan pagi bagi mereka memulakan hari mereka. Sarapan pagi amat penting untuk memastikan anak-anak dapat memaksimumkan potensi mereka di sekolah.








Jaga pemakanan kanak-kanak obes

SARAPAN pagi perlu untuk semua kanak-kanak termasuk mereka yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.

Tanggapan kanak-kanak obesiti biasanya akan makan sesuka hati terutama jika diberikan belanja sekolah boleh mengundangnya makan banyak atau memilih makanan tidak sihat seperti bergoreng dan manis, adalah tidak betul sama sekali.

Dr Barakatun berkata, pendidikan mengenai apa itu makanan sihat amat penting kepada semua anak-anak ini.

Ibu bapa tidak seharusnya menyekat mereka yang obes untuk mengambil makanan pada waktu pagi kerana itu boleh menyebabkan kanak-kanak memberontak, sebaliknya perlu diberi secara berpatutan.

Kerjasama pihak sekolah dan kantin sekolah amat penting dengan tidak sewenang-wenangnya menjual makanan yang tidak berkhasiat.

“Pihak sekolah perlu memastikan makanan dijual adalah berkhasiat, selain menggalakkan aktiviti bersukan sekerap mungkin.

“Kanak-kanak obes perlu makan seperti kanak-kanak lain. Apa yang penting kualitinya, selain yang rendah lemak dan tinggi kandungan serat. Galakkan mereka makan sayur dan buah serta minum susu dua kali sehari. Elakkan makanan ringan dan yang diproses serta minuman manis dan bergas. Yang paling penting, pastikan mereka bergerak, bukan duduk saja di tepi padang melihat kawan lain bermain,” katanya.

Nasihat Dr Barakatun, membawa bekal juga mungkin idea yang baik untuk memastikan berat badan terkawal, selain terjamin khasiatnya, kebersihan dan kesegaran makanan.

“Makanan yang mudah basi termasuk berlemak tidak sesuai dibuat bekal ke sekolah. Pada peringkat ini ibu bapa perlu ajar anak-anak mengenal pasti makanan yang rosak melalui bau, warna dan rasanya kerana ia boleh mengundang keracunan makanan,” katanya.

INFO: Sarapan bukan saja memberi tenaga untuk memulakan hari baru, tetapi banyak faedah untuk kesihatan termasuk kawalan berat badan dan prestasi yang lebih baik.

(i)Pemakanan berkhasiat dan lengkap, kaya nutrien, vitamin dan mineral memberikan tenaga kepada tubuh badan.
(ii)Dapat memberi lebih tumpuan serta prestasi di dalam kelas
(iii)Lebih tenaga atau kudrat untuk terbabit dalam aktiviti dalam kelas atau di atas padang
(iv)Membantu merendahkan tahap kolesterol.

Jenis sarapan:

(i)Roti bakar dan susu, roti dan keju atau nasi goreng atau mi goreng yang digoreng kurang minyak dan ditambah pelbagai jenis sayur-sayuran boleh dijadikan hidangan sarapan.
(ii)Kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik. Kurangkan makanan terproses kerana makanan seperti ini adalah tinggi lemak dan garam. Yang paling penting adalah pelbagaikan supaya mereka tidak cepat bosan.
(iii)Makanan yang tinggi lemak dan gula sekiranya diambil dalam jumlah yang berlebihan akan menyebabkan rasa mengantuk.


Sumber : 











by: Leily

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

14 Sila Komen Disini ♪♫♪:

Lelord said...

najlaa lom skolah...september nanti baru mula. kat doha bekal mmg kena bawa pastu dr yg kengkawan gtau skolah akan pantau makanan anak. dorang nak budak2 bawa bekal makanan seimbang hhhee

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Anak2 I suka breakfast yg berat2.. nasi goreng, nasi lemak... tp klu Mamanya dah terlambat, diorang tak kisah mkn coco crunch ataupun jemput2 pun ok.

ibu MZW @ farah idayu said...

salam..sedapnya nmpak bekal makanan tu. siap vitagen lagi. alya sekolah mana?

mamalieyna said...

bila anak dh skolah, ini 1 benda nak kena fikir kan..bekalan anak...kite anak belum skolah, lg 2 tahun baru merasa..hehe~

sedapnye bekalan alya~

ieda said...

setuju dik ..
akak pun selalu bekal kan anak2
tapi tulah bila hari2 mereka ada juga jemu
kalau tuu akak belikan nasi lemak je .. cukup utk rutin satu minggu ;)

NoorGie said...

buat roti john mini pon sedap :)

MamaYatie said...

haha...ada pun geng daku...
pening kepala pikir breakfast/bekal anak2..
lebih kurang sama la kita..nugget,sosej, roti bakar, sandwich, roti telur..huhu

lieyalatif said...

rajinye laaaaaaa ko leily....siap ade strawbery tu...harus le kawan alya dtg ngendeng mkn sekali...mmg sedap pun bekalan alya he he he....

aku pun skrnag ni kene masak pagi2 bawakkan bekal mia....sian nak tgk die berebut beli mknn kat kantin tuh.....

e!ya said...

wahh mmg terliur sekali tgk dgn strawberry lgi..

~aSHa~ said...

tadika yg anak sha gi ni mmg takde makanan disediakan..tapi cikgu ada jual..tapi kebanyakan budak2 bawak bekal..sha selalu bekalkan burger....aritu bekal nasi, mcm alya la...2-3 suap jer la makan nye....so kalo burger ke, ayam goreng ke, nuget ker...abis jugak..dia ajak kawan2 tlg abiskan...sbb mama akan hot kalo makanan tak abis....ehehehhee

~Siti Hajar~ said...

Wow! kelas ko Alya, mummy ko bekalkan stoberi lg...hehe

Sy xbekalkan pun, anak2 xmo bwk, dorg lbh suka mkn kat kantin..

izzah said...

wah sedapnya bekal alya ni. Alya i pun kata kat skul eat biskut or roti jer paling hebat bubur. SO i pun macam u nak masak nasi goreng ke mee ke cam tak berbaloi, so i bawakkan dia sausage, karipap or sotong ball jer. Susu kotak pulak tak nak minum langsung. Tapi buat strawberry to is a good idea. kena put fruit jugalah kat bekal alya i.

ikatankasihku said...

sarapan benda yg penting sblm memulakan aktiviti harian :)

onniey84 said...

bestnya bekal alya.... kalau gini hari2... bestlah kawan alya.. hehe
tapi ok jugak alya makan jugak bekal tu.. kalau alya saya, balik pun tak terusik..kenyang katanya... :(




Related Posts with Thumbnails