Friday, January 20, 2012

Kemalangan Ngeri di Taman Semarak, Terengganu


As salam..

Pertamanya, 
Salam Takziah utk keluarga arwah..
semoga tabah hadapi kenyataan yg sukar ni.. 


ekceli kejadian ni berlaku pd ptg ari rabu, 18/01/2012..
terkejut sgt aku psl biasa gak lalu jln tu time ke epot,
mmg jln tu straight aje tp agak bumping sket, jln x rata...

berbalik pd kemalangan tersebut,
sgt ngeri okeh..
aku mmg x leh tgk video psl eksiden tu..

so, cuti raya cina ni..
harap dptla kite sama² lebih berhati²..
tanak dgr berita kematian lg...
ambik iktibar atas kejadian ni yer..


 
ni video kemalangan ngeri kat Taman Semarak, K. Terengganu tu..
kalo berani, korang boleh tengok!









KUALA TERENGGANU - Seramai empat lelaki terbunuh di tempat kejadian dalam satu kemalangan ngeri membabitkan tiga buah kereta di Jalan Tengku Mohamad, berdekatan Taman Semarak di sini, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu melibatkan sebuah kereta Honda, Perodua Kancil dan Proton Persona.


Mangsa yang maut dikenali sebagai Nor Azni Mat Jusoh, 21, dari Felda Mengkawang Ajil dan rakannya, Mohd Zaini Abdul Razak, 43 dari Ayer Keroh, Melaka. Kedua-dua mangsa merupakan pemandu dan penumpang kereta Perodua Kancil.


Manakala dua lagi yang maut adalah tenaga pengajar di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu, Mohd Faris Mohd Shaimi, 26 dari Perak dan Mohd Rizal Ibarahim, 30, dari Baling Kedah yang merupakan pemandu dan penumpang kereta Honda.


Bagaimanapun, pemandu kereta Persona, Nooriana Mohammad, 35 yang juga saksi kejadian kemalangan ngeri itu tidak mengalami sebarang kecederaan.


Menurut Nooriana, kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menuju ke rumahnya di Wakaf Tengah.


Katanya, ketika melalui Jalan Tengku Mohamad, sebuah kereta jenis Honda dari arah bertentangan tiba-tiba terbabas sebelum ‘terbang’ ke laluan sebelah dan menghempap kereta Perodua Kancil di hadapannya.


“Ketika itu, saya sedang berada di belakang sebuah kereta Kancil yang dinaiki dua lelaki.


“Beberapa minit kemudian, saya nampak kereta Honda itu menghempap bahagian atas kereta Kancil menyebabkan seorang penumpang Honda melambung keluar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.


Dia yang bekerja sebagai kerani disebuah syarikat di Kuala Ibai dekat sini berkata, kereta Honda itu turut melanggar bahagian hadapan keretanya menyebabkan dia terbabas.


“Saya nampak dua lelaki yang berada di dalam kereta Kancil itu tersepit sementara seorang penumpang kereta Honda melambung sejauh lebih 10 meter,” katanya.


Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Abdullah Zawawi Moham mengesahkan kesemua mangsa mati di tempat kejadian.


“Empat yang maut kesemuanya lelaki sementara pemandu kereta Persona yang merupakan seorang perempuan terselamat dalam kejadian itu,” katanya.










by: Leily

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

22 Sila Komen Disini ♪♫♪:

munna said...

ngerinya...munna x berani tgk

eima said...

kesian nye ....
berhati2 la pd siapa yg gi berjalan2 time cuti ni

ieda said...

aduhhh takziah buat keluarga mangsa
semoga tabah hadapi dugaan berat ini

hati2lah di jalan raya
nak2 di musim perayaan ini .. huhuh

syawalsimpsons said...

ngeri betoi ni...

efa fairuz said...

tak berani tengok video.. bunyi nya mcm ngeri betul.. takut.. huhu..

takziah pada keluarga mangsa dan al-fatihah untuk mangsa.

ikatankasihku said...

ngerila beb..serius kecian sgt2..

LYAfrina said...

ALFATIHAH...
baca ajer dh ngeri rasanya... mungkin bawak laju..jln lak x rata..mcm jln kat nk k kt pon g2.. xrata.. klo bwk laju.. tba2 brek..mmg blh melambungkan..

x de kekuatan nk tgk vdeo...

cik dah faridah said...

kat situ mmg selalu berlaku eksiden..thn lepas ada doh berlaku...

Nini D.. said...

arwah Mohd Faris Mohd Shaimi tu anak buah makcik saya sebelah suaminya.dah selamat dikebumikan di Teluk Intan,Perak

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Al-fatihah..
ngerinye..tak sanggup tgk video tu..

~ yus ~ said...

saya pun tak berani tengok...huhu

al-fatihah untuk arwah

fieda said...

al Fatihah buat semua arwah..saya bab2 ngeri ni mmg tak berani nk tgk..

Bui Junaidi said...

ALFATIHAH..VIDEO TU TAK BERANI NAK TENGOK..KALAU TENGOK JUGAK NNT SEBULAN TAK LEH LUPA..HUHU

Gadis Pantai Timur said...

salam akziah utk keluarga arwah.

MaryaYusof said...

Innalillah.... al-Fatihah...
:(

Izan said...

al fatihah..
berhati2 lah semua...

~aSHa~ said...

video dpt mana ek....sha tak dpt nak tgk kat opis video tu..disekat...dekat dah kot dgn kg mentua ni

2a2i said...

salah sorang mangsa kete kancil dari melaka tu abang kt opismate saya nie...

mama_umar_maryam said...

takziah utk kuarge arwah2..huhu

Softtouch [Hanim] said...

ngerinya.....takut tgk pic tu...Al fatihah utk mangsa yg terkorban

isdayanti islahuddin said...

Siapa ye nama makcik saudari 2 yer?

isdayanti islahuddin said...

Siapa ye nama makcik saudari 2 yer?




Related Posts with Thumbnails