Friday, January 13, 2012

SBPA ditangguhkan untuk semakan semula: Najib


As salam..

Sari berita utama mlm td...
lg crite psl Skim Baru Perkhidmatan Awam 2012 (SBPA 2012)


KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan bagi membolehkan satu semakan semula dan perbincangan dengan pihak yang berkaitan diadakan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan hari ini, Najib berkata penangguhan itu bertujuan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan pihak tertentu berkaitan pelaksanaan SBPA.


"Selepas semakan semula itu dimuktamadkan, SBPA akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya.

Najib berkata, penangguhan itu diputuskan Jemaah Menteri semalam.

"Semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini," katanya. - BERNAMA


Berita Harian | 12.01.2012






by: Leily

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

8 Sila Komen Disini ♪♫♪:

~izan~ said...

walaupun izan tak terlibat tp melalui blog leily la izan selalu baca pasal SBPA ni.. =) bagus leily,berkongsi info...

lieyalatif said...

hope lepas ni ade laa berita yg lagi gembira dari sebelum ni...kenaikan tu jgn le berat sebelah...ikan bilis dpt hampas2 jek......ikan jerung yg dpt ngap best2....yg penting jgn le ketare sgt jurang perbezaan tuh....

Alycia said...

kena kaji kasi smua adil & saksama ;)

Fieza79 said...

untung la kakitangan kerajaan...nasib sentiasa terbela..tak mcm kami yg swasta ni...selalu memendam rasa..huhuu

e!ya said...

hope leps nieh semua berpuas ati..

ieda said...

tangguh lakkk
hurmm harap ada gud news utk penjawat awam ..

;( sedihh penjawat swasta x dpt ape2 huhuh

Nieda said...

Singgah sini.

Softtouch [Hanim] said...

tangguh yer..harap dpt berita gembira wpun sy xberapa tau SBPA ni..maklumlah sy koje swasta




Related Posts with Thumbnails