Wednesday, March 7, 2012

Wuduk & Solat ketika sakit


As Salam..


Panduan utk saya supaya senang nk merujuk nnti.
mmg selama ni x pernah amek port sbb x mengalami,
tp skrg kena amek cakna..

frends of mine memana yg tataw & ada yg kol tanya camane blhla bace yer!
Sharing is caring!








Islam mempunyai kaedah bagi orang yang mengalami kecederaan disebabkan kemalangan atau musibah-musibah yang lain. Dikuatiri apabila terkena air akan mendatangkan kecederaan yang lebih teruk, lukanya lambat sembuh dan seumpamanya. Maka cara bagi orang yang sakit seperti yang dinyatakan di atas adalah seperti pesakit wajib membasuh atau mengambil wuduk bagi anggota yang tidak cedera mengikut tertibnya (mengikut susunan wuduk). Apabila sampai ke anggota wuduk yang cedera atau berbalut hendaklah ia menyapuka air di atas balutannya sebagai syarat membasuh. Kemudian pesakit tersebut hendaklah bertayammum pada keseluruhan mukanya dan tangannya dari hujung jari ke sikunya mengikut cara tayammum. Kalau anggota cederanya di kaki atau selain dari anggota tayammum, maka ia tetap juga tayammum di muka dan tangannya sahaja. Dengan cara ini pesakit boleh melakukan solat seperti biasa.

Sebenarnya ada pendapat lain yang menyatakan bahawa anggota wuduk yang cedera hanya disapukan dengan air sahaja dan tidak perlu bertayammum. Tetapi pendapat yang lebih baik adalah seperti yang dinyatakan di atas dengan melakukan wuduk bagi anggota yang tidak cedera, manakala bagi anggota yang cedera atau berbalut hendaklah disapukan air sahaja dan ditayammumkan sekali untuk mengharuskan solat.




Solat Duduk
Maksudnya:
 Org yg sakit hendaklah mendirikan solat sambil berdiri, jika dia berdaya. Jika tidak berdaya solatlah sambil duduk. 
Jika tidak berdaya utk sujud, isyaratkan dgn kepalanya dan jadikan sujudnya lebih rendah dpd rukuk. 
Kalau tidak berdaya melakukan solat duduk, solatlah sambil berbaring di atas rusuk kanan, 
dgn muka dan dada mengadap ke arah qiblat. 
Kalau tidak berdaya solat di atas rusuk kanan, solatlah sambil tidur terlentang dgn kedua2 kaki dihalakan ke araha qiblat






FIRMAN Allah yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman! 
Janganlah kamu bertanyakan (kepada nabi) perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, 
dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. 
Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara itu (yang tidak dinyatakan dalam al-Quran);  kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyabar." (Surah al-Maidah, ayat 101)


Oleh kerana Islam adalah agama yang mudah, maka tidak sewajarnya diberatkan dan disulitkan dengan sikap suka mempersoalkan atau mempertikaikan suruhan serta larangan Allah SWT. 

lagi kat SINI
















by: Leily

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

5 Sila Komen Disini ♪♫♪:

cheqna said...

islam itu mudah ekceli
=)

Fieza79 said...

ya..islam mmg memudah kan cara kan...

salwana nordin @ che'wa said...

islam tak penah menyusahkan malah menyenangkn..:D

walau sakit macammana pun solat adalah wajib :D

thanks for the info

|| NaFiRaa || said...

yang penting kita solat.. x kira mcm mana cara..ikut kemampuan.. adik lelaki saya hari tuh sembahyang duduk atas kerusi..

Kakzakie said...

Taman perumahan kakak siap adakan majlis sehari bab ini bagi memberi pemahaman kepada semua...




Related Posts with Thumbnails