Tuesday, June 19, 2012

Bawang Putih Baik utk Kesihatan


As salam


Byk khasiat terkandung dlm bawang putih ni sebenarnya..
patutla ada kawan sy yg suke bebeno jeruk bawang putih ni,
depa kata sedap + baik tuk melawan kanser.. ghupenyer!
tpkan, sy taleh telan benda alah ni mentah², tergigit dlm makanan pun takbleh.. ;-p
camne tu nk sihat?



korang camne, blh????





1. Mengurangkan risiko strok 
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser 
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus
 
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi 
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin 
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan 
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi 
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh 
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. 

credit : Laman Kongsi











TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

19 Sila Komen Disini ♪♫♪:

Sue-Rya Qistina said...

saya mmg slalu guna bwg putih utk segala masakan :D

mummycda said...

Byak kebaikan bwg putih kan..ida suka kalau letak dalam sup byk2..tapi kena masak..yg mentah tak leh la.....i like bwg putih....hihihi

Nad @ MamaZN said...

kak leily
x-bos saya dulu kan
asal selsema/demam jek, die gi makan bawang putih ni mentah2 camtu jek
macam makan epal
kalu jauh ok lagi..
tp bila nak mintak sign dia
Allahu akbar, bau!!!!
harum semerbak!
loya saya, huhu!

tp saya mmg suke masukkan bwg putih byk sket dlm masakan
mentah2??? sori.... =p

pena rozie said...

memang byk khasiat. Tapi aik tak suka la....

Rai said...

kalau jeruk suka lah :D

ieda said...

setuju dik
akk memang suke bawang putih , bila buat singgang sure ubuh banyak2 ... x belah2 dahh taruk sebiji2 macam tuu perghh nikmat ! .. ;)

dan kalau buat nasi grg ke , akk lebih suke lebihkan bawang putih ;)

SURIA AMANDA said...

same with me..bwg putih guna utk dlm masakan je..utk jadikan ulam begitu sajer...xde la pnh cuba...

~Siti Hajar~ said...

sy xsuka tp my hubby sukaaaaa sgt, sllu mkn dia buat ulam, dia kata sedap tp org ckp mulut + badan nti berbau, tp my hubby xbau pun, ikut org jgk kot..

cheqna said...

x leh r telan macam gitu je..

norhidana said...

kalu masuk dlm masakan suke letk bwg putih lebih tp tak lah terlebih sgt, tp jeruk tu tak penah try

salwana nordin @ che'wa said...

kalo nak makan mentah2 atau jeruk rasanya saya tak lalu hhheee..

kalau dlm gulai biasanya mmg saya suka kunyah!

sedap bau dan rasanya :)

ct rahani said...

sama la.. X leh makan klu mkn gitu jer.. Cara plg selamat tumbuk bwg putih setiap kali nk masak.. Hehe..

Syahada Ahmad said...

Lan behi skali nih, klu wak singgang dia suh bubuh selabu bwang putih. Hmmmm..... ;-)

LYAfrina said...

lya mmg suka mkn bwg putih...klo dlm masakkan..skmo ltk lbih..jeruk dia besttt

mamalieyna said...

bagusnye...tp tulah, benda2 yang jadi ubat ni susah nak telan ni..huu~

dyea irdina said...

bwng putih tu paberet tu....tp klu ngandung bwng putih tu la musuh utama,,jgn kan bau rupa pun tak leh tgk

bunga_rose said...

suka makan bawang putih,kalau dah masak la.. kalau yang jeruk tu tak boleh nak terima tekak..

fieda said...

saya mmg suka bwg putih..kalau buat nasi grg mmg tumis bwg putih jer..

Cikgu Jamaruziana said...

Saya pun suka masuk banyak bawang putih dlm masakan. Tapi bagi org ada gastrik mcm saya kena hati2 juga.. alternatif lain boleh ambil suplemen bawang putih dengan licorice dari amway. Kurang bau, tidak merengsa perut. Bagus juga utk penghidap asma dan resdung.




Related Posts with Thumbnails