Sunday, June 17, 2012

Israk dan Mikraj (27 Rejab) - Amalan & Peristiwa


As Salam..


Sharing is caring,
wlpn takde hadis sahih,
yg baik dijdkan teladan, yg buruk dijdkn sempadan
semoga kita semua dpt manfaat drpnya..


-gugel image-


Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Malam 27 Rejab

Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.

Amalan Malam Rejab

  1. Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.
  2. Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.
  3. Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..
  4. Berdoa.
  5. Memohon keampunan diri dan ibu bapa.
  6. Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.

Banyak lagi ganjaran dan fadilat yang Allah beri jika umat Islam beribadat sepanjang Rejab. Berpuasa sunat adalah antaranya. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.

Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:
  1. Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  2. Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.
  3. Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.
  4. Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.
  5. Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)

Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.

credit : http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/06/27/amalan-dan-iktibar-peristiwa-israk-dan-mikraj/
   
Lagi peristiwa terjadinya Israk Mikraj ni korang leh baca kat SINI









TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

6 Sila Komen Disini ♪♫♪:

ieda said...

sayuu je bila baca kebesaran israq mikraj nie .. sayang akk x dpt nak lakukan apa2 sbb bendera merah berkibar huhuh
x perlah .. semoga ketemu lagi di tahun akan dtg .. ;)

mia izzati said...

dah set date nak puasa hari ni..tapi peod la pulak..tak dapat la puasa 27 rejab ni

HeNRieTTa JoSe said...

thanks for the share...

Nurul Husna Mohd Hassan said...

thanks for sharing :)

Sue-Rya Qistina said...

thanks for sharing. kebetulan sama tarikh dgn hari bapa. salam israk mikraj, semoga semua mendapat iktibar dari kisah ini.. :D

Fai Shaklee said...

semalam ingat nak puasa sunat,tapi tak jadi sebab adik2 ajak pi jogging & main badminton.. hehe... thanks for sharing ^__^




Related Posts with Thumbnails