Tuesday, January 31, 2012

[Gambar & Video] Kenangan bersama Arwah Izwan Pilus


As Salam...

: Arwah Izwan Pilus :

terdgr berita ttg kematian arwah tru radio, berita jam 7ptg..
masa tu dlm kete, otw blk  psl cari hp baru asben..
x sahih lg hinggalah asben bukak fb ada kwn die post kt wall..
sah, arwah Izwan Pilus dh dijemput Ilahi.. =(

Inilah kenangan pertama & terakhir dlm idup
bersama arwah.. ;-(

: Arwah sdg menghiburkan tetamu... :

Ekceli gambo² ni thn 2009 lg,
time kawen kakak kwn asben, jugak kwn arwah..
asben ngan arwah ni bleh kire baik gak la..
kitorang pernah duk makan semeja dlu,


Masa tu aku mula sal mmg tanak join, malulah..
sume jemputan bajet² artis & hot,
tiba aku ngan baju kurung jer.. ;-p
ala² wanita kampung melayu terakhir ghitu..

plg kureng pun... 
dress up wth dress tali halus ke.., baru stylo khaaaaan? :-p
wedding kat Awana tu, Hotel 5 star ..
hahahahah..

: me wth model shantek molek, Ayu :

Shantek kan saya ooopsss Ayu?? ;-p
Ayu ajak aku bergambo dgn die..
minah kampung ni segan la nk approach org ajak bergambo..
sekali model ajak tu, giler hot gak aku... =)
eh, tataw pun Ayu ni model masa tu..

yg ni bkn skandals okeh.. =p
jugak peminat yg mau bergambar, eccey!!!
wanita melayu terakhir katakan.. ;-p 

 
eh, time ni Izwan usha aku kot..
see, asben jeling len mcm aje..
hahahah.. gile pasan minah ni!.. ;-p



ehem²,
nk menyelit gak..
cam Hariz & Izzah dlm Ombak Rindu op?..
muahahahahha..



apepun,
Al- Fatihah utk arwah,
semoga tenang di Sana..

kematian..
ianya tidak mengenal usia, siapa kita..


last, video arwah perform kat majlis tu..
terngiang² lg sore die.. ;-(









p/s: 
pening, bergego video diambil oleh jurukamera amatur.. ;-p












by: Leily

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Monday, January 30, 2012

Juara AJL 26 - Awan Nano


As salam..

sejujurnya, mmg aku x lyn AJL 26 mlm td..
sjk menjawat jwtn supermom supirmom tetiap mlm ahad, isnin, selasa
anto & ambil Alya dr kelas fardhu ain,
cite tv waima berita jam 8 aku sempat jeling aje..
+an plak, Alya bakal dpt pak sedara baru ujung minggu ni.. =)
lgla aku x leh duk diam..
byk kena settle nih!

tgk status kengkawan kat fb
gitau Hafiz- Awan Nano tu menang..
aku suke lirik lg die, tempo pun best!
congrats ye,  semua skali yg menang ..!!!

-image gugel-

tp x leh tahan lawak tgk Video Awan Nano ni,
by Raja Lawak - Johan
pecah tangki perut ghitu.. =D =D




ingat lg  zmn muda belia dululah,
anugerah juara lagu sgt dinanti²..
esoknye, siapla....
hot topic ngan member² .. =)







by: Leily

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Sunday, January 29, 2012

Bekal Sarapan Alya


As salam...

Semenjak Alya jejakkan kaki ke skolah,
mommie ari² duk pikir menu yg seswai bekalnye esok ari..
ape taknyer, pesday balik skolah dh pandai komplen..
katanye mkn x besh..

iyelah, anak aku tu bknnyer jenis bdk yg suke sarapan pg..
mknn + minuman pn susu DL 456 madu dielah...
kalo lapar sgt, mintak roti sapu kaya..
bab mkn ber-ontime ni lgla...

mommie ni kl nk wat sarapan heavy² cam nasi r mee goreng,
rase cam malas  x berbaloi plak,  
mkn pun2,3 suap aje..
tp.. nuggets, donat, sosej tu blh kira byk gakla die maman..

tp, kalo asik benda yg sama jemu plak nnti..
+ bimbang de side-effect mknn segera ni..
jd mommie pun watla bekal Popia Crabstick,
mg febret die pun!



Inila bekal yg slalu mommie bg die bawak kat skul,
mkn ramai² ngan kawan..
Alya gitau  kwn² die ckp besttt bekal die,
mane taknyer.. siap nganstrawberry tu..
kebetulan ada lg stok.. =)


anak² korang bawak bekal ape yer??
share²la, bulih mommie try gak!



ni ada satu artikel yg saya baca ;-
"Tak Sarapan, Minda Tumpul"







Makan pagi berkhasiat asas kekal tenaga, kecergasan kanak-kanak
 
SENARIO 1 :

“MIMI tidak suka sarapan pagi. Kalau makan pagi dia mesti sakit perut. Selalunya lepas bangun tidur, dia akan terus ke sekolah. Lagipun tak sempat. Kami keluar rumah jam 6.45 pagi. Dia suka sambung tidur dalam kereta daripada makan,” kata Halimah ketika diaju soalan kenapa tidak menyediakan sarapan pagi untuk anaknya sebelum melangkah ke sekolah.
Sarapan pagi tidak saja mustahak, sebaliknya pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.
 




SENARIO 2 : 
 

“MUHAMAD pula suka makan nasi dan ketulan nugget ayam. Setiap pagi saya akan sediakan nasi lemak atau nugget. Yang lain dia tidak selera. Lagipun dia bukan dalam kategori lebih berat badan. Dia kurus saja jadi saya kira tidak salah bagi makanan itu. Biar dia gemuk sikit,” kata Zaharah mengenai tabiat makan anaknya yang baru masuk Tahun Satu.
 
SENARIO ini mungkin biasa kita dengar. Sama ada tahu atau tidak ambil kisah, segelintir ibu bapa masih tidak memberi perhatian serius terhadap kepentingan sarapan pagi untuk memastikan anaknya dapat menumpukan sepenuh perhatian pengajaran di dalam kelas. 
Mimi mungkin berhadapan dengan kelaparan yang amat sangat, pada jam 9 pagi lantaran tidak makan apa-apa, sejak masuk tidur jam 10 malam dan bangun 6.30 pagi.
Bagi Muhammad pula untuk beberapa jam awal persekolahan dia mungkin bertenaga, tetapi apabila guru mulai mengajar dan murid lain menumpukan perhatian pada papan hitam, fikirannya mulai mengelamun kerana mengantuk.

Sarapan pagi tidak saja mustahak, sebaliknya pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.

Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian, tidak bermaya dan mengantuk di awal pagi persekolahan.

Pensyarah Kanan, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia, Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, berkata sarapan pagi amat penting bagi memulakan hari individu dengan lebih bertenaga selepas lebih lapan jam tidur, terutama otak.

Bagi kanak-kanak sekolah rendah berusia enam hingga 12 tahun, Dr Barakatun menjelaskan, makanan yang rendah kandungan lemak, sederhana protein dan karbohidrat serta tinggi kandungan serta vitamin dan mineral adalah yang terbaik untuk kanak-kanak sekolah rendah.

“Antara makanan yang paling mudah adalah bijirin sarapan. Apabila dicampur dengan susu. Mereka turut mendapat pelbagai khasiat seperti protein dan kalsium yang amat penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.

“Selain itu, roti bakar dan susu, roti dan keju ataupun nasi goreng atau mi goreng yang digoreng kurang minyak dan ditambah pelbagai jenis sayur-sayuran boleh dijadikan hidangan sarapan. Kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik. Cuba kurangkan makanan diproses kerana ia tinggi lemak dan garam. Paling penting pelbagaikan hidangan supaya tidak cepat bosan,” katanya mengulas mengenai kepentingan sarapan pagi untuk anak-anak kecil yang mungkin belum arif mengenai kebaikannya.

Dari segi saintifik, kanak-kanak perempuan (sekolah rendah) perlukan 1,200-1,600 kalsium/harian (kcal/hari) manakala kanak-kanak lelaki memerlukan 1300-1800 kcal/hari. Kebiasaannya, mereka perlu makan 4-6 kali sehari. Makan dengan kerap tetapi pastikan saiz hidangan kecil adalah lebih baik berbanding makan banyak pada satu-satu masa.

Disebabkan kanak-kanak lama di sekolah dan perlu tumpu kepada pelajaran, Dr Barakatun berkata, makanan yang tinggi lemak dan gula jika diambil dalam jumlah yang berlebihan akan menyebabkan mengantuk.

Katanya, ibu bapa tidak perlu terlalu risau memikirkan sajian pilihan kerana rata-rata kanak-kanak dewasa ini memasuki tadika dan pastinya makan di awal pagi bukan lagi satu yang asing.

“Segelas susu di campur coklat ataupun koko sebenarnya sudah memadai. Jika ingin membeli minuman dalam kotak, pastikan ia berasaskan susu kerana minuman berasaskan susu adalah makanan lengkap memadai untuk keperluan di pagi hari. Jangan lupa melihat tarikh luput untuk setiap makanan komersil,” katanya.

Dr Barakatun tidak menafikan ada kanak-kanak yang enggan makan pagi seperti peribahasa ‘alah bisa tegal biasa’, namun sebagai ibu bapa kena bijak menanganinya secara perlahan-lahan.

“Pastikan pelbagai makanan dapat dihidangkan setiap hari. Mulakan dengan makanan kesukaan mereka dan kemudian apabila mereka sudah biasa mengambil sarapan pagi dan merasai nikmatnya kepada tubuh mereka, kenalkan kepada makanan yang lebih berkhasiat. Ibu bapa bukan saja perlu kreatif, tetapi pastikan waktu makan semua ada di meja. Kalau si ibu suruh anak makan, ibu kenalah juga makan, bukannya hanya memerhati dan mengarah “makan cepat” dari dalam bilik,” katanya.

Tidak sempat menyediakan sarapan, bukan alasan tidak menyediakannya makanan untuk anak kerana segelas susu atau sekotak susu sudah memadai untuk sarapan pagi bagi mereka memulakan hari mereka. Sarapan pagi amat penting untuk memastikan anak-anak dapat memaksimumkan potensi mereka di sekolah.








Jaga pemakanan kanak-kanak obes

SARAPAN pagi perlu untuk semua kanak-kanak termasuk mereka yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.

Tanggapan kanak-kanak obesiti biasanya akan makan sesuka hati terutama jika diberikan belanja sekolah boleh mengundangnya makan banyak atau memilih makanan tidak sihat seperti bergoreng dan manis, adalah tidak betul sama sekali.

Dr Barakatun berkata, pendidikan mengenai apa itu makanan sihat amat penting kepada semua anak-anak ini.

Ibu bapa tidak seharusnya menyekat mereka yang obes untuk mengambil makanan pada waktu pagi kerana itu boleh menyebabkan kanak-kanak memberontak, sebaliknya perlu diberi secara berpatutan.

Kerjasama pihak sekolah dan kantin sekolah amat penting dengan tidak sewenang-wenangnya menjual makanan yang tidak berkhasiat.

“Pihak sekolah perlu memastikan makanan dijual adalah berkhasiat, selain menggalakkan aktiviti bersukan sekerap mungkin.

“Kanak-kanak obes perlu makan seperti kanak-kanak lain. Apa yang penting kualitinya, selain yang rendah lemak dan tinggi kandungan serat. Galakkan mereka makan sayur dan buah serta minum susu dua kali sehari. Elakkan makanan ringan dan yang diproses serta minuman manis dan bergas. Yang paling penting, pastikan mereka bergerak, bukan duduk saja di tepi padang melihat kawan lain bermain,” katanya.

Nasihat Dr Barakatun, membawa bekal juga mungkin idea yang baik untuk memastikan berat badan terkawal, selain terjamin khasiatnya, kebersihan dan kesegaran makanan.

“Makanan yang mudah basi termasuk berlemak tidak sesuai dibuat bekal ke sekolah. Pada peringkat ini ibu bapa perlu ajar anak-anak mengenal pasti makanan yang rosak melalui bau, warna dan rasanya kerana ia boleh mengundang keracunan makanan,” katanya.

INFO: Sarapan bukan saja memberi tenaga untuk memulakan hari baru, tetapi banyak faedah untuk kesihatan termasuk kawalan berat badan dan prestasi yang lebih baik.

(i)Pemakanan berkhasiat dan lengkap, kaya nutrien, vitamin dan mineral memberikan tenaga kepada tubuh badan.
(ii)Dapat memberi lebih tumpuan serta prestasi di dalam kelas
(iii)Lebih tenaga atau kudrat untuk terbabit dalam aktiviti dalam kelas atau di atas padang
(iv)Membantu merendahkan tahap kolesterol.

Jenis sarapan:

(i)Roti bakar dan susu, roti dan keju atau nasi goreng atau mi goreng yang digoreng kurang minyak dan ditambah pelbagai jenis sayur-sayuran boleh dijadikan hidangan sarapan.
(ii)Kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik. Kurangkan makanan terproses kerana makanan seperti ini adalah tinggi lemak dan garam. Yang paling penting adalah pelbagaikan supaya mereka tidak cepat bosan.
(iii)Makanan yang tinggi lemak dan gula sekiranya diambil dalam jumlah yang berlebihan akan menyebabkan rasa mengantuk.


Sumber : 











by: Leily

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Thursday, January 26, 2012

Kerepek Ngarku saya =)

 
As salam..


aku juga slh sorang yg terpengaruh ngan Ngarku ni..
yup, mmg Nana selayaknya jadi duta Ngarku ni,
aku pun taw benda alah ni dr blog dielah ..
mula sal x amek port tp bler dh ramai blogger yg dh post n3 psl ngarku ni.. 
sure benda ni best kan?..

oleh sbb itu, aku x leh duk diam ..
kena try gak skali!
pes day aku pegi cari kat Giant K. Trg,

hampeiiihhh, sebeso Giant x de jual kat situ r maybe dh abes..
x leh jadi, zasss aku lencong ke pasaraya Nirwana..
lucky on me, ada!!!
RM1.99/ kilo..  murah tu!

aku amek sket aje dlu utk n3 pengenalan ni,
tanak membazirla katakan.. =p

gugel punyer gugel cara buat kerepek ngarku ni,
ramai yg suggest goreng gitu aje..
maka, trylah Hamba Allah ni...
&  terhasil lah...

tarra....




inilah die kerepek ngarku yg sanggggaaatttt berpengaruh...
ketika n3 ni dipublish,
dh hampir tinggal suku aje lg..

kira laku gak la.. =))











by: Leily

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Friday, January 20, 2012

Kemalangan Ngeri di Taman Semarak, Terengganu


As salam..

Pertamanya, 
Salam Takziah utk keluarga arwah..
semoga tabah hadapi kenyataan yg sukar ni.. 


ekceli kejadian ni berlaku pd ptg ari rabu, 18/01/2012..
terkejut sgt aku psl biasa gak lalu jln tu time ke epot,
mmg jln tu straight aje tp agak bumping sket, jln x rata...

berbalik pd kemalangan tersebut,
sgt ngeri okeh..
aku mmg x leh tgk video psl eksiden tu..

so, cuti raya cina ni..
harap dptla kite sama² lebih berhati²..
tanak dgr berita kematian lg...
ambik iktibar atas kejadian ni yer..


 
ni video kemalangan ngeri kat Taman Semarak, K. Terengganu tu..
kalo berani, korang boleh tengok!









KUALA TERENGGANU - Seramai empat lelaki terbunuh di tempat kejadian dalam satu kemalangan ngeri membabitkan tiga buah kereta di Jalan Tengku Mohamad, berdekatan Taman Semarak di sini, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu melibatkan sebuah kereta Honda, Perodua Kancil dan Proton Persona.


Mangsa yang maut dikenali sebagai Nor Azni Mat Jusoh, 21, dari Felda Mengkawang Ajil dan rakannya, Mohd Zaini Abdul Razak, 43 dari Ayer Keroh, Melaka. Kedua-dua mangsa merupakan pemandu dan penumpang kereta Perodua Kancil.


Manakala dua lagi yang maut adalah tenaga pengajar di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu, Mohd Faris Mohd Shaimi, 26 dari Perak dan Mohd Rizal Ibarahim, 30, dari Baling Kedah yang merupakan pemandu dan penumpang kereta Honda.


Bagaimanapun, pemandu kereta Persona, Nooriana Mohammad, 35 yang juga saksi kejadian kemalangan ngeri itu tidak mengalami sebarang kecederaan.


Menurut Nooriana, kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menuju ke rumahnya di Wakaf Tengah.


Katanya, ketika melalui Jalan Tengku Mohamad, sebuah kereta jenis Honda dari arah bertentangan tiba-tiba terbabas sebelum ‘terbang’ ke laluan sebelah dan menghempap kereta Perodua Kancil di hadapannya.


“Ketika itu, saya sedang berada di belakang sebuah kereta Kancil yang dinaiki dua lelaki.


“Beberapa minit kemudian, saya nampak kereta Honda itu menghempap bahagian atas kereta Kancil menyebabkan seorang penumpang Honda melambung keluar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.


Dia yang bekerja sebagai kerani disebuah syarikat di Kuala Ibai dekat sini berkata, kereta Honda itu turut melanggar bahagian hadapan keretanya menyebabkan dia terbabas.


“Saya nampak dua lelaki yang berada di dalam kereta Kancil itu tersepit sementara seorang penumpang kereta Honda melambung sejauh lebih 10 meter,” katanya.


Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Abdullah Zawawi Moham mengesahkan kesemua mangsa mati di tempat kejadian.


“Empat yang maut kesemuanya lelaki sementara pemandu kereta Persona yang merupakan seorang perempuan terselamat dalam kejadian itu,” katanya.










by: Leily

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Ngarku | Sengkuang Cina | Arrow Head


As Salam..



Terpengaruh punye psl, 
2 pasaraya aku cari benda alah ni..
& bile bawak balik umah,
mak aku mengucap panjang ...

Ma: Ya Allah, doh bakpe *read kenapa* gi bli bawang hok nok tumbuh dh tu??
aku: ;-p

kemon la Ma, tu bukan bawang la..
itu buah dipanggil ngarku..

anakanda mu ini ada projek sket..
tunggggguuuu !.. =))








by: Leily

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Thursday, January 19, 2012

Cubaan menggoda Si Awang Itam..


As Salam..


  Bebaru ni check inbox fb de some1 text like dis :-


ini ayat baeeek punyer!
tak syak lg, mayb ni cubaan godaan si awang itam/ nigerian scam..
cop.. x slp rasanyer ada terbaca sorang blogger pun dpt text gini gak,
tp lupa la sape die... 

meh kite selidik sket profile fb die tu :-



 perggghhh, kemain lg letak gambo omputes..
bajet ensem ler tew..
soriii.. x tergoda.. 
muahahahha.. =D


Utk cik abam Calvin Steve
maaf la cik abam ,
jauh sgt la kamu duk di UK..
mak saya pesan suh cari org dekat² aje,
katanyer senang nk gi rombongan nganto pengantin nnti..
x psl² nnti kena sewa satu katebang...
dah sure ramai nak pegi, obesea tu... hahahah..

lgpun, not my taste org yg ''putih''..
nnti cpt kotor!.. muahahahahha


kalo nk baca kupasan cerita panassss psl abam itam ni,

so plisss org² kite kat luar sana,
jgn terpedaya la ayat² jiwang + manis dorang..
ada udang di sebalik mee tu.. ;-p







by: Leily

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Tuesday, January 17, 2012

Blog ini telah diintai..


As salam..

bukan diintai oleh kerabat VVIP, 
tp kanak² ribena kot!

kalo ikutkan top n3 blog cap ayam aku ni,
carta post plg fofular jatuh pada entry psl
Peserta Idola Kecil Musim 4 yg shomel² tu..
sekaligus menendang entry psl
keyword yg slalu di gugel oleh sesiapa ntah!





apepun dik, 
macih sudi terbang hinggap kat belog ahkak,
menaikkan ranking visitor blog ahkak ni..

& pd anon. yg bertanya ahkak :-
(i)
"salam...awak ni kawan idola-idola kecil musim keempat ke???????"
jwpn ahkak:-
 tak, kebetulan ahkak jupe diorang time event monsoon cup 2011
kt Teghanu aritu..
tumpang gelama je.. heheheh.. =D

(ii)
"salam...awak pernah tak cakap ngan hairul dan irish atau ternampak ngan dia orang...
saya teringin sgt nak jumpa ngan dia orang"
jwpn ahkak:-
 tak, jwpn lebihkureng sama seperti ..(i)..
toksah jelesla, die tanak nyer kat ahkak ni..;-p



toksah jemu² kunjung sini yer,
ahkak tak makang budooook!.. ;-p


&
tahniah utk Fifa, Juara Idola Kecil 4 yg lalu..
mmg memula instinct sy rasa die blh menang..
kerlassss ghitu suara die!









by: Leily

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Monday, January 16, 2012

Taklimat & Latihan Petugas Pilihanraya Umum ke-13



As salam..

arini gomen payday! .. =)
ishhhkkk... napela yg ditangguh sampai bln 4 tu,
bimbang x merasa sesen habuk aje nnti.. ;-p

arini plak sy x msk opis,
ade taklimat & latihan pd mereka yg bertugas time pilihanraya umum yg akn dtg,
sy bertugas nnti di tempat yg sama cam PRU- 12 dulu..
sy suke sbb kwsn tu bknla kwsn 'panas'..
maybe jg saluran warga emas lg..
shuke, shuke, shuke..
blh tgk bermcm2 karenah org! 



kwn²,
korang dh daftar mengundi ke blom?
kalo dh , sila semak nama anda tersenarai ke tak?


klik kat sini utk










by: Leily

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Friday, January 13, 2012

SBPA ditangguhkan untuk semakan semula: Najib


As salam..

Sari berita utama mlm td...
lg crite psl Skim Baru Perkhidmatan Awam 2012 (SBPA 2012)


KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan bagi membolehkan satu semakan semula dan perbincangan dengan pihak yang berkaitan diadakan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan hari ini, Najib berkata penangguhan itu bertujuan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan pihak tertentu berkaitan pelaksanaan SBPA.


"Selepas semakan semula itu dimuktamadkan, SBPA akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya.

Najib berkata, penangguhan itu diputuskan Jemaah Menteri semalam.

"Semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini," katanya. - BERNAMA


Berita Harian | 12.01.2012






by: Leily

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Thursday, January 12, 2012

Kelas Iqra' jugak bermula


As salam..


asik² duk crite psl anak aje kan..
maaflah kl ade yg jemu membacanya.. ;-p

crite psl skolah lg yer.. ;-p
kali ni, kelas mengaji Iqra'.

Sy anto kelas mengaji sblh mlm psl kut nnti si Alya ni rasa stress,
blk skolah kena pegi mengaji plak, 
takde masa nk rest.. 
pstu wat² pangai tanak skolah.. ;-p

lgpun, kl mlm masa sy bleh fokus kat die sepenuhnya..
bkn sy takleh ngan ngajo die Iqra', alif.. Ba.. ta.. ni
tp tau² ajelah kan dgn mak seniri..
bknnyer bdk tu tau takut n disiplin..
sy amek pakej yg murah aje dlu..
RM40/ bln utk pakej 3x week

kat skolah pg pun mmg ada slot mengaji 1j tetiap hari,
tp tapelah.. lg mantap ilmu die.. 
nk hrpkan mommie ajor, nnti lwn tokey plak.. 
heheheh..

Raudhah Ilmu,
nila tempatnyer..
dkt aje ngan umah sy..

sempat lg posing ala model sblm msk kelas..
 tgk tudung Alya tu..
awning dh kemek gara² blk skolah sumbat dlm beg..
hehehehe.. ;-p




ni saya share video ceramah Ustaz Don Daniyal psl anak..

[Video]Ceramah Ustaz Don Daniyal (Anak Asset ke Syurga atau Neraka?)










by: Leily

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Wednesday, January 11, 2012

WW #1 - 1st cek Churp Churp


As salam..


Alhamdulillah,
pertama kali si burung biru sudah selamat terebang ke pangkuanku... =))



guys,
nk dpt income sampingan gak,
do register here:-



by: Leily



TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Tuesday, January 10, 2012

Pembayaran Gaji Baru SBPA


As salam..

just sharing + war²kan kpd mereka yg berkenaan,
nnti takde la duk terlopong tunggu gaji baru bile nk masyuk..





KUALA LUMPUR: Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Januari ini.
"Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari 2012," menurut kenyataan itu. 

Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari. - BERNAMA


so, gaji bulan ni - Jan 2012
dibayar dua kali yer..

ehemm- ehemmm,
bulih dh slow² sebey keter baru ni..
tahun baru, gaji baru, keter baru..  =)
muaaahahahahha...











by: Leily

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

[Nuffnang] Permulaan Tahun 2012 yg baeeeek!


As salam..


satu permulaan yg baik sy kira tuk thn 2012 ni..
hrp² berterusanla ye BE dr Nuffnang ni..
mau tukar gadjet la.. =)

hanya 2 BE menari pun mau kecoh ka??.. ;-p

 : 1st BE 2012 in da blogggg!! :



oh ye,
1 lg BE utk my new blog..
ekceli tade la br sgt, tp diberi nafas baru..
jot-type-down sesukeatiaku!.. ;-p

jemput- jemput- jemput masuk sume!!










by: Leily

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Monday, January 9, 2012

Selamat Kembali ke Sekolah!!!!


As salam..


selamat kembali ke sekolah adik², mak², pak².. ;-p


Alhamdulillah, 
seminggu telah berlalu..
anak sulong & bongsu sy tlh pun menjejakkan kaki ke skolah..
kalo org len mayb dh biasa ngan pengalaman gini,
tp sy sgt teruja psl nila pestime sy handle anak seniri msk skolah,
kalo blh serbaserbi mau perfect!!

Kitorang kat Pata Timo start skolah Selasa lg, 3 Jan..
sy plak amek cuti rehat 2 hari utk pastikan sumenyer berjln lancar..
oh ye, my Alya sy anto kat Pra- sekolah aje,
blh katakan dekat gakla ngan umah,
senang nk anto & amek, x de la terkejo sgt pepagi..
lgpun jarak opis sy ngan umah 26km sehala..
tau² aje la pagi² hari kan.. ;-p

pesday, Alya sket liat mau bangun..
bimbang giler aku kot dibuatnyer melalak sampai ke skul,
mujur gak aku pandai men peranan..
no dramaquen, takde nanges², 
msk kelas n kenal frens + cikgu, terus aku tinggal..
lebih baik dr apa yg aku jangkakan.. =)))

1245pm abes kelas tu aku pegi amek epi aje,
cume tanye apsal lama sgt skolah.. ;-p
aku jwb skolah tu aje yg plg awal blk..
yg skolah len, ptg br abes.. 
tape, bohong sunat.. ;p

ni sempat aku captured die abes skolah pesday..
antar pg pakai tudung,
balik.. sume dh melayang..
huhuhuh..

 : dh berdikari.. =)
pandai pakai kasut seniri dh! :

: yeyeay, balik!! :


Alhamdulillah, syukur sgt!!..
DIA mempermudahkan segalanya!
harap pasni Alya lg dpt seswaikan diri ngan persekitaran baru..
takde la aku susah ati sgt nk bekerja..
dhla asben pun jauh nk tlg tengok²kn..
haisssshh, blerla bulih tuko ni.. tuluuuuunnnn!!!

baru lega satu babak!..
tp still takleh goyang kaki psl msh dlm tempoh percubaan.. ;-p















by: Leily

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Sunday, January 8, 2012

My Angel


As Salam.. =)


Gian lama tak ber- scrap nih!
dlu, time ber-fotopages..
rajin bebenor duk men element² scrap ni..

kini, sume tinggal kenangan..
rindu plak zaman ber- fotopages dlu..
ramai gak kwn fp still continue ngan blogspot ni..
ada yg dh wat privatekan fp die,
tp aku tak.. 
u ols kalo nk tgk Alya mase umo 1- 3 thn ++ gitu,
leh layari le..







 Angel| Shaggy

Girl, you’re my angel, you’re my darling angel
Closer than my peeps you are to me, baby
Shorty, you’re my angel, you’re my darling angel
Girl, you’re my friend when I’m in need, lady

Life is one big party when you’re still young
But who’s gonna have your back when it’s all done
It’s all good when you’re little, you have pure fun
Can’t be a fool, son, what about the long run
Looking back Shorty always mention
Said me not giving her much attention
She was there through my incarceration
I wanna show the nation my appreciation

( repeat chorus )

You’re a queen and so you should be treated
Though you never get the lovin’ that you needed
Could have left, but I called and you heeded
Takin’ a beatin’, mission completed
Mama said that I and I dissed the program
Not the type to mess around with her emotion
But the feeling that I have for you is so strong
Been together so long and this could never be wrong

( repeat chorus )

Girl, in spite of my behavior, said I’m your savior
(You must be sent from up above)
And you appear to me so tender, say girl I surrender
(Thanks for giving me your love)

Girl, in spite of my behavior, well, you are my savior
(You must be sent from up above)
And you appear to me so tender, well, girl I surrender
(Said thanks for giving me your love)

Now life is one big party when you’re still young
And who’s gonna have your back when it’s all done
It’s all good when you’re little, you have pure fun
Can’t be a fool, son, what about the long run
Looking back Shorty always mention
Said me not giving her much attention
She was there through my incarceration
I wanna show the nation my appreciation

( repeat chorus 2X )






TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Friday, January 6, 2012

BELUT masak tempoyak


As salam..

presenting...
Belut Masak Tempoyak



note:
Resepi Belut Masak Tempoyak

Amacam,
ada brannnnnnn???

aku???
awal² lg aku angkat tgn surrender!
takleh telan aku wey..

biasa dgr resepi sup belut ajekan,
tp kali ni asben ckp msk tempoyak lg kaw!!!
suke ati la nk masak apepun,
die yg nk makan..

a-z aku serah asben,
cume part bersih- membersih aje aku yg take part..
time nk ilangkan lendir hanyir tu meremang bulu tengkuk aku..
hahahah.. licin semcam aje benda alah tu..
eee... kl org upah rm10 hengget seketul pun aku x mkn lg.. ;-p


korang makan tak???







by: Leily

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D

Thursday, January 5, 2012

Al-Fatihah, Bapa & Anak mati Lemas di Pantai Sepat, Kuantan


As Salam..

Arini br sy start masuk kerja di thn baru 2012,
dikejutkn dgn berita sedih menimpa menantu salah sorang
pegawai di jabatan saya, Encik Zakari yg kehilangan menantu beliau Ahad lalu..



  Isnin Januari 2, 2012  

Bapa, Anak Lelaki Mati Lemas Di Pantai Sepat 


KUANTAN: Seorang lelaki mati lemas manakala anak lelakinya yang cuba menyelamatkannya hilang dihanyutkan ombak kuat di Pantai Sepat di sini, Ahad.
Kejadian berlaku kira-kira 2 petang tadi ketika Zubir Othman, 57, dan seorang daripada anaknya bermain bola di pantai itu.
Zubir ditemui mati lemas di tempat kejadian manakala anaknya Ahmad Zuhaimi, 32, seorang juruteknik komputer di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pekan dihanyutkan ombak ketika cuba menyelamatkan bapanya itu.
Adik ipar Ahmad Zuhaimi, Norazimah Zakaria, 24, berkata ketika kejadian bapa mentuanya dan suaminya Ahmad Zuhaidi sedang bermain bola di pantai berkenaan.
"Bola itu kemudiannya dihanyutkan ombak ke tengah laut dan apabila ayah mentua saya mahu mengambilnya, dia didapati lemas, suami saya cuba untuk menyelamatkannya tetapi gagal akibat ombak kuat.
"Abang ipar saya, Ahmad Zuhaimi bergegas untuk membantu. Suami saya berjaya berenang menyelamatkan dirinya. Bagaimanapun, ayah mentua dan abang ipar saya hilang," katanya kepada pemberita.
Pegawai Operasi Balai Bomba Kuantan Mat Yusoff Hamat berkata pihaknya menerima pangilan kira-kira 2.40 petang berhubung kejadian berkenaan.
"Mangsa (Zubir) berjaya ditemui oleh orang awam, namun telah meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang lagi mangsa (Ahmad Zuhaimi) masih belum ditemui setakat ini," katanya.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan 16 anggota bomba termasuk empat orang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menggunakan sebuah bot dan dua jet ski dihentikan 7 malam ini dan akan disambung esok. BERNAMA



: Saya dgn Encik Zakari (Baju Biru) :


Alfatihah & Salam Takziah utk ahli keluarga mangsa..
Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman, Amin!!!












by: Leily

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH SINI.. =D




Related Posts with Thumbnails